Thursday, November 25, 2010
Coklat...
Dah sebulan lebih rupanya aku kerja kat TNBR ni. Rasa mcm sekejap jer.. Situasi kat sini memang jauh beza ngn TOLS. Byk peraturan..
Tiap tiap pagi isnin akan diadakan perhimpunan..tp xde la mcm perhimpunan kat sekolah tu.. angkat angkat tangan.. beratur.. senang diri.. Perhimpunan di tnbr ni adalah untuk mengumpulkan kesemua kakitangan tnbrian untuk mengetahui isu-isu semasa syarikat. Ia juga melatih kakitangan supaya yakin berucap di hadapan orng ramai dalam sesi we care, we share. semua akn bergilir gilir mempersembahkan artikel masing2 pada setiap pg isnin tu..
Ari rabu lepas aku datang kerja mcm biasa.. Pg2 bos aku datang kat aku.. mcm biasa la dia..bercerita mcm2 ngn aku.. sebelum dia pegi dia ckp kat aku, 'Ros Isnin depan awk present kan?'.. aku ni terkebil2 la.. present ape?.. Kat mana?.. xde sape bgtau pun.. Bos aku bgtau aku kena present kat Morning talk isnin ni, semuaa tu diorg dah inform by email isnin lepas.. aku pun cepat2 bukak email.. betul la. memang ade email tu.. abis la aku.. satu bahan pun aku x prepare..nak kena submit before jumaat.. kalo x aku xde bahan bediri la sorang2 kat depan nanti..
inilah sebahagian email yang telah aku dapat tp aku x bukak.
Congratulations. You are appointed to be the Host / Presenters / Doa recitation representative for The Monday Buzz – 29/11/2010.
Segment : We Care, We Share:-
• ICT Educational Tips – En. Mohd Asri Dollah
• Sharing Session – Pn. Roshaniza Binti Ismail
• Leadership Talk – Pn. Norhidayah Shahuri
terus aku brows internet tengok bahan ape yg sesuai untuk aku buat presentation.. blur... masuk sana x kena.. masuk sini x kena.. last last sekali aku teringat presentation aku masa kat universiti dulu.. aku ade buat presentation pasal kebaikan coklat.. hmm rasanya mcm sesuai jer.. so pada ari itu jugak aku start create presentation aku.. hasilnya aku dapat siapkan jugak dalam masa satu hari. Kerja?.. pepandai la aku manage.. time tu plak melambak2 keje aku kena siapkan.. maklum la.. staff ramai yg cuti...
Ini lah hasil presentation yang aku buat.. dan sekarang aku share jugak dalam blog aku ni.. actually dia dalam bentuk slide power point, tapi aku copy paste je la...
KEBAIKAN COKLAT……
Coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil.Khabarnya,coklat banyak memberi kebaikan kesihatan,kecantikan dan ghairah orang dewasa?Sebab itulah coklat sering menjadi hadiah untuk orang tersayang pada hari-hari tertentu.Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta?Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga ‘makanan lazat’ ini digemari ramai?.Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya?
1- Coklat Untuk Kesihatan
Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.
2- Coklat Kaya Vitamin
Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.
3- Coklat Itu Menenangkan
Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.
4- Coklat Untuk Kecantikan
Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment