Wednesday, March 23, 2011

Kenapa Mesti Berdengki

Kadang kadang aku pening tengok sikap manusia nie.. macam macam kerenah..orang hidup sennag pun susah.. orng hidup susah pun susah... ade je yang tak puas ati.. dengki sungguh..

Aku teringat zaman muda2 aku dulu..kira pengalaman la nie.. si A suka kutuk si B.. kononnye si B ni suka menunjuk2 dalam hal kerja.. ala2 kaki kipas la kan.. ape2 kerje sume dia nak buat.. so nanti dapat la nama pujian and pangkat.. maka si A xpuas ati and selalu kutuk2 dia... kadang2 aku pikir ape yang ko dpat dengan mengutuk dia... dapt naik pangkat kah?.. dapat naik gaji kah?..  bagi aku kalo selagi dia tak kacau aku, aku xade nak heran..

Org macam si B adelah satu advantage bagi aku.. dia suka tunjuk pandai depan bos.. semua keje dia terrer buat.. so ko buat la sume nye.. bleh aku relex skit... itu la kelebihan kalo dalam 1 organisasi ade orng macam si B..

Setahu aku sikap bos ni dia akan appoint orng yang tau buat kerje je.. so sape yang tunjuk pandai dia la yang kene.. best kan jadi bos.. main arah jer...

Tapi hati2 skit dengan orng macam nie.. bila dia baik dengan bos dia bleh control bos.. peluang untuk kita berada di tempat yang tak selamat tu tinggi..Effect dia mcam2.. so kena jaga2..

To be continued...








Tuesday, March 22, 2011

Ditipu ‘tunang’ hidup-hidup

Kesian bila baca metro tentang seornang wanita ditipu oleh tunangnya sebanyak rm 50000. bagi aku banyak sangat tu.. bleh buat deposit beli rumah...

Kalo aku kat tempat pompuan tu aku mesti rasa mushkil dengan ape yang dia buat. Lelaki yang tipu dia tu mengaku yang dia adlah dari kerabat diraja.. pastu berjanji akan bagi itu ini sampai macam2 mencecah jutaan ringgit..

Kalo dah duit banyak sangat sampai juta2 takkan rm50000 pun nak pinjam kat orng.. setakat rm50000 tu celah gigi dia je kalo dah kaya sanagt.. masa nak pinjam tu dia kata nak prepare untuk barang tunang and bank negara ade problem nak releasekan duit dia..  xkan xbleh nak pinjam kat sedara mara yang sekerabat dengan nye...kenapa mesti pada pompuan tu...tu yang tak logik yang mesti pompuan tu pikir sebelum bagi duit dia kat lelaki penipu tu...

Dulu aku pernah coulpe nagn sorang budak.. masa tu aku dah keje and dia blaja lagi.. selalu mintak duit kat aku.. ape hal plak aku yang kena tanggung dia..xgentelman langsung.. aku pikir kalo berterusan cam tu sampai aku kawen ngn dia masak la aku..  xbleh jadi aku mintak putus.. cewah... bunyinye macam aku ni mata duitan sangat sampai nak bekira mcm tu sekali... Tapi budak tu xde la sampai menipu mcm kes pompuan kat surat khabar tu.. tu kira dah melampau sanagt.....

Tu la taktik zaman sekarang.. nak senang cepat guna cara yang mudah... tipu orng sana tipu orng sini...mcam mana hidup nak berkat.. xbleh pikir ke semua tu...

To be continued...








Thursday, March 17, 2011

Teringat zaman dulu2..

Tetiba aku teringat zaman masa aku blaja kat usm dulu.. time tu ade hari sukan.. macam budak sekolah plak 'ari sukan'.. bukan TOT sebenarnye..singkatan daripada Temasya Olahraga Tahunan...

Aku ade la join kawad pada ari tu... kalo tidak jgn harap la aku bleh berjemor kat padang USM tu.. kalo kat usm kalo xaktive student xbleh duduk kat asrama desasiswa, so aku pun terpaksa la merajinkan diri masuk macam2 aktiviti.. and salah satu aktiviti tu lah.. TOT...

ade satu acara.. pas baten 4 x 4 meter berganti2... acara tu disertai oleh sorang mamat nih.. nama dia WAHAB... Wahab ni kira famous la.. ramai student kenal dia.. maklumla.. orngnye hensem.. ala ala hindustan skit coz dia categori mamak.. n satu lagi kalo dia join ape2 aktiviti dia suka mencalonkan diri dia sebagai leader....sangat pandai bercakap tapi xtau la ape yang dia cakap tu berisi atau tak... Apsal aku citer pasal wahab ni panjang sangat.. dah.. dah.. lupakan dia..

ok berbalik pasal acara lari pas betten td.. bunyi je wisel si wahab pun lari.. penyokong2 dia pun support.. menjerit2 la nama wahab.. WAHAB.. WAHAB..WAHAB... bagi semangat la konon...pastu sampai je kat meter pertama dia pas kan betten tu kat sorang lagi.. yang sorang ni tak famous.. masing2 x kenal siapa la gerangan mamat tu.. terdiam sekejap penonton yang menyokong wahab tadi.. nak sokong tapi xtau nama.. tetiba tedengar ade satu suara.. suara tu jerit.. 'wei sape tu... ala bantai je la...WAHID.. LARI WAHID... apalagi terus penonton namakan pelari kedua tu dengan nama WAHID dan bersorak WAHID.. WAHID.. WAHID...... nampak sangat la main bo je nama pe pun..kesian kat mamat tu.... dan nama pemain yang seterusnye pun diorg main tibai je nama WAHUB...  dah macam tiga Abdul plak...tapi nasib baik la menang walaupun pelari tu xpepasal ade nama baru...


To be continued.....








Friday, March 11, 2011

Tu la..Sape Suruh!!!!!

Ari aku face ngan perangai ornag aku yang tak berape nak gemar..  ade la satu task ni aku kena siapkan.. ia melibatkan banyak pihak.. aku just tolong update n completekan apa yang patut.. macam biasa aku jalan kan tugas aku dengan penuh tanggungjawab.. cewahh.. iye latu..

ade part aku email and mintak sesiapa yang terlibat submit kerja untuk aku update.. berbunga2 ayat aku karang supaya bila diorg baca diorg akan rasa betapa pentingnya diorg mengalahkan manager... so aku harapkan diorg akan tolong bagi kerjasama.

Yang xbestnye aku dapat reply email dari seorg ni.. dia kata kerja dia dah siapkan dan dah submit dah.. so aku tye la.. kalo dah submit, bila.. kat mana.. kalo cam tu bagi la kat aku hard copy.. bleh plak dia tye.. apa detail description kerja tu ye.. eeeiiii.. ko kata ko dah siap.. masa ko tak tau ape yang ko buat...

Last skali dia suh aku g tempat dia bagi benda2 yang dia kena buat... banyak cantik muka ko.. aku dah scan.. email.. nak kene menyembah plak kat ko...

aku pun malas nak layan.. ko xbuat ko jawab.. jagn kata aku xbagi tau plak.. segala mak nenek email sume aku ade...

esoknye aku dapat lagi email dia.. dengan bangganye dia bagi tau yang keje yang aku suh semalam tu dia dah siapkan.. pandai plak ko buat walaupun aku xemail seperti yang ko nak.. tapi yang menyakit kan ati aku dia suh aku pegi amik kat tempat dia kerja2 tersebut.. memang nak kena ajar minah nie.. dlm ati aku memberontak.. dengan sopan aku pun reply email ' kalo dah siap bagusla.. tapi disebabkan saya xde soft copy tersebut saya xakan masukkan dalam presentation.. so dalam meeting nanti present la sendiri ko pye kerja..'..

maka meeting pun start.. boss highligh gila2 benda yang aku chase dia tu.. maka dapat la setepet kat muka dia.. tu la belgak sgt.. benda senang ko jadikan dia susah.. sape suruh!!!!!...

To be continued....

Monday, March 7, 2011

Asmara Kembali

Aku dah agak dah, citer ASMARA ni mesti ade sambungannya.. last time aku tengok part yang last aku tertanya2 kenapa endingnye macam tergantung... Asmara diberitahu oleh ayah Zalia bahawa Zalia jatuh dari tingkat 1 dan meninggal dunia. Asmara sempat ke majlis pengkebumian zalia dan bertemu Melati semula setelah membaca surat yang ditinggal kan oleh Zalia. Surat tersebut menyuruh Asmara menerima Melati sebagai teman hidup... Semasa majlis pengkebumian Zalia, Zalia berada di hospital koma akibat jatuh dari tempat yang tinggi...

Ni mesti ayah Zalia yang mereka cerita yang Zalia telah mati. Hidup Zalia umpama mayat hidup yang bernyawa. Ayah zalia tidak mahu Asmara setia menunggu zalia... Jom kita baca sinopsisnya untuk ASMARA 2..


 ASMARA 2 masih menampilkan Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani dan turut memperkenalkan watak baru lakonan Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen).

Lanjutan daripada musim lalu, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya). Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.


Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.


Asmara sibuk menguruskan syarikat ayahnya namun tidak disenangi oleh adik-adik tirinya, Fikri dan Zira. Mereka menganggap Asmara sebagai musuh yang mahu membolot harta. Melati pula menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Melati bertembung dengan Zaliya tetapi Zaliya memperkenalkan diri sebagai Suhana. Zaliya tidak dapat mengawal perasaan diri daripada mengintip kehidupan Asmara dan Melati.


Tria berkenalan dengan Ferhad (Fezrul Khan), seorang pemuda yang baru balik ke Malaysia selepas tinggal di luar negara selama 20 tahun. Ferhad mendampingi keluarga Tria termasuk Zaliya untuk mendapatkan maklumat Adam. Rupa-rupanya Ferhad ialah abang kepada Raziq dan merancang untuk membunuh Adam selepas ayahnya mewariskan harta kepada Adam.


Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya. Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawal si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?


Jangan ketinggalan untuk menonton ASMARA 2 di slot Lestary, setiap hari Selasa jam 9.00malam mulai 8 Mac 2011, hanya di TV3. Ketahuilah kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati..

So temujanji malam ni.. ASMARA 2 di TV3...




to becontinued......

Thursday, March 3, 2011

MENGENAI WANITA & KUBUR

Memandangkan hari ni hari jumaat, maka rasanya lebih afdal kalo aku buat entri ala2 keagaamaan skit... sambil2 tu bleh la kita sharing.. dapat pahala ape.. so memang aku mengaku aku copy and paste.. iye la aku ni kalo pasal ilmu agama ni masih banyak yang aku kena belajar.

artikel ni ni ditulis oleh NOORSHARIZA AZURA BT SHAHBODIN, TNB RESEARCH, BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN. Dia publish dalam email kakitangan TNB. Sama ade dia yang karang atau bukan itu aku xpasti la... tapi  apa yang penting biarlah kita menghayati isi kandungannya.



MENGENAI WANITA & KUBUR



1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".






2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.






3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.






4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.






5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.






6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.






7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.






8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.


Maka, barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.






9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).






10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.






11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.






12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".






13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.






14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.






15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.






16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.






17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.






18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.






19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah.






SATU PERINGATAN!!


KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA KALI :






1. Aku rumah yang terpencil, Maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.


2. Aku rumah yang gelap, Maka teranglah aku dengan selalu solat malam.


3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, Maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.


4. Aku rumah ular berbisa, Maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.


5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, Maka banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah",supaya kamu dapat jawapan kepadanya.






Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;






1. Dunia itu racun, Zuhud itu ubatnya.






2. Harta itu racun, Zakat itu ubatnya.






3. Perkataan yang sia-sia itu racun, Zikir itu ubatnya.






4. Seluruh umur itu racun, Taat itu ubatnya.






5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


To be continued.........

Penanggal

Malam semalam malam khamis.. so kebanyakan chennel tv semuanya tayang citer antu.. malas nak layan aku pun buat la keje kemas rumah yang x abis2.. lagi pun ayah aidil xde rumah n aidil plak awal2 lagi dah tido...aku amik sebakul kain yang baru kering n lipat depan tv.. tv tu plak tayang la cite pasal hantu penanggal.. tajuknya "PENANGGAL". pelakon utama zizan nin and amy mastura. Sambil2 lipat kain sambil2 la usha2 tv depan mata.


Mula2 tengok intro macam biasa jer.. tapi lama lama macam best jer plak.. kesah seorg perempuan lakonan amy mastura yang menjadi hantu penanggal bersuami kan seorg bisu lakonan zizan nin. Dalam masa yang sama suaminya itu adlah tuan kepada si penanggal kerana nyawa hantu penanggal itu diletak di dalam balang dan dijaga oleh suaminya.

penduduk kampung di situ terkejut melihat razak (zizan nin) yang telah lama menghilangkan diri pulang ke kampung dengan membawa seorg isteri yang sngat cantik. disebabkan dia tahu yang isterinya itu adalah penanggal, maka dia mengambil kesempatan menggunakan isterinya untuk membalas dendam kepada org kampung yang dahulunya suka membulinya. maka satu persatu la org kampung yang didendami razak mati kena makan dengan penanggal.

bila aku tengok citer ni aku espek penanggal akan bunuh dan makan wanita yang baru lepas bersalin jer.. tapi dalam citer ni tak.. dia akn makan sape yang dia suka. laki ke pompuan.. tua muda semua dia sental... kalo wanita bersalin tu memang no 1 dia punye kegemaran la...

Satu lagi part, yang aku confius.. dalam kampung tu ade seorng bidan. dari gaya bidan tu nampak mcm terrer je ngn bab2 hantu penanggal ni.. dia boleh kenal hantu penanggal walaupun hantu penanggal tu dalam rupa manusia.. aku ingat dia la akn jadi penyelamat kampung tersebut dari hantu penanggal, tapi first2 dia jumpa hantu penanggal dia dah mati kena kokak..

last2 sekali endingnye hantu penanggal tu musnah akibat balang yang dipegang oleh suami hantu penanggal tu tadi jatuh dan pecah.. dan suaminya tu pun mati sekali akibat di kapak oleh bakal mangsa hantu penanggal tu jugak.

Dan akhirnye kain yang aku lipat dari pukul 9 malam hingga 11 malam  xjugak abis2 akibat tengok citer hantu penanggal.

MORAL : Jangan buat kerja depan TV nanti x menjadi.

To be continued....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...