Wednesday, June 29, 2011

Jangan Ingat Aidil Tak Pandai Main Badminton..

Hari nie Aidil nak main badminton.. sape nak ikut jom.....
Sebelum kita main.. kita kena bersenam dulu... ha.. lipat kaki cam nie ... nie namanye senaman limat melipat...

Ok.. shuttle cock dah ade.. dah boleh start main...
Alah.. kalo lawan ngn team nie mcm kacang jer...

Nah.. amik kau...
 
e..eh... jangan jatuh.. jangan jatuh... nie kena berjuang habis habisan nih...
Alamak.. jatuh jugak... xboleh jadik nih...


Bang boleh gantikan shuttle nie tak.. saya rasa pasal shuttle nie la saya kalah...



Abang.. reket nie pun punca kekalah saya bang.. saya nak tuka lah...



Macam best jer susu tuh.. jom kita minum dulu...
Mama.. Aidil penat la main tadi.. mama drive ye

Thursday, June 23, 2011

Bukti bersurat dan bergambar dna BABI

Aku nak kongsi skit pasal info yang aku dapat dari sumber email dekat opis aku.. lepas baca nie sama sama lah kita jaga pemakanan kita..

Seperti biasa, umat Islam tidak pernah serik untuk menggunakan produk dari bukan Islam.. bukan nak kata xboleh tapi bila product tu datangnye dari luar.. so kita sendiri xtau kesahihan dari segi kebersihan, kandungan  dan proses yang dilakukan ke atas product tersebut..

Alangkan product tempatan pun masih banyak lagi ketidakpastian kehalalannya...inikan pulak product luar... so jom sama sama kita baca nie....


Asssalamualaikum.


Utk pengetahuan dan tindakan semua...Saya telah menghubungi Jab Agama Johor utk memastikan yg surat ini bukan "hoax".
Pegawai berkenaan mengesahkan memo ini benar.
Mereka (jab Agama Johor) sdg berurusan dgn JAKIM utk menyelesaikan masalah ini memandangkan badan yg mengeluarkan sijil halal bg product ini adalah tersenarai sbg badan luar negara yg di iktiraf JAKIM.


Sama2 kita bersihkan makan/minum kita...biar halalan toyyiban (halal dan baik).


Azhar Idris





Untuk info,butter ni banyak dalam kek lapis sarawak..ada siap tulis kat resipi..

Raya tak lama lagi kan.. kepada semua kalo nak buat kuih raya ke.. kek raya ke.. hati hati lah yer....

To be continued....








Sunday, June 12, 2011

Background terbaru

Dah bosan pakai template yang lama, ari ni aku tuka skit background blog aku nih.. konsept masih sama...

Tengoklah kalo xde keserasian dengan background ni aku tuka balik yang asal.. eh.. macam tu pun boleh...

Untuk blog aku ni cuma header jer aku masih belum berkesempatan nak buat... tengok la nanti time senang senang aku buat..

To be continued....

Tuesday, June 7, 2011

Kelebihan Berpuasa di Bulan Rejab

Allhamdulillah.. dah sampai kita kepada bulan rejab..
Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Dalam bulan ini marilah kita sama sama mengambil peluang berpuasa kerana berpuasa di bulan rejab ini besar fadhilatnyer...

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan . Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.


Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

sumber di petik dari  http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Rejab.html



To be continued....









Thursday, June 2, 2011

Uniknye Kawan Aku : Hafiz

Mohd Nor Hafiz.. ni lah fist kawan yang aku kenal masa aku masuk keje untuk 1st job aku dulu... masa tu dekat SPM-TAC Sdn Bhd.

Dia tua aku 2 tahun...tapi bleh dikatakan rapat la jugak... mana taknye .. masa aku baru masuk keje dulu kitorang sama2 zero... kalo ade task yang kena settle kitorang settle sama2.. aku tolong ko.. ko tolong aku.. cam tu la perumpamaannye... perumpamaan ke tu?...

Lebih kurang 4 tahun keje sama sama boleh dikatakan dia baiklah orngnye... mulut macam pompuan.. “mulut jer ... bukan sifat...” pasal tu la kot aku bleh masuk ngn dia walaupun kami lain jantina.. kalo ngumpat2 nie dia memang dah biasa...

Aku ingat lagi dia bleh bercerita pasal satu drama bersiri kat tv  dari awal hingga akhir.. “tengok.. xke aku cakap dia mcm pompuan.. suri rumah pun belum tentu lagi bleh khatam drama tu...”

kalo ade rancangan reality tv macam AF ker.. Mentor ker.. memnag dia xkan miss.. pagi2 esoknye dia datang keje dah stanby coment bercerita pasal rancangn tu...

Hafiz jenis yang sangat x pedulikan apa orng lain nak kata.. kadang kadang kalo something benda yang segan aku nak buat pasal aku malu nak buat dia akan buat dengan tanpa segan silunye sampai aku yang tolong malu untuk dia.... itu la uniknnyer Hafiz...

Hafiz ni gempal n chubby2 skit orgnyer... Org gelar dia ‘BOBOB’ perkataan bobob tu kan menggambarkan org yang gemok...... dia xkesah malah mengiyekan aje apa yang diorng nak gelar dia.. sangt selambe manusia ini kan....

Aku ingat lagi masa motor si hafiz ni rosak.. masa tu dia duk kat bukit jelutong n aku duk kat bukit subang... jalan ke opis kami sehala...

Kalo nak tau aku ni dulu minah rempit yang sopan.. naik motor g kerja tu biasa sebab aku xde transport lain.. makanye time motor dia rosak dia mintak aku tompangkan dia.. aku no hal jer.. coz aku anggap dia mcm abang aku n merangkap kawan2.. dah dia susah kita tolong la kan...

Masa aku tumpangkan dia dah plak budak2 opis ingat aku ni gilpren dia... DIa buat muke seposen jer... aku pun xamik port sangat pasal aksi kami bukan la macam pakwe makwe... naik motor, aku yang bawak.. dia bonceng kat blakang jer... kalo mcm pakwe makwe mesti dia gentleman bawak aku.. pakai kan topi keledar aku.. haishhhh.. xde maknenyer....

Dlam dok orng bercerita macm tu pun bleh plak dia bagi idea cam nie... “Ros, aku dah piker masak –masak... apakata aku tompang ko hari hari.. duit minyak kita share.. boleh jimat...”

Aku pun jawab “Apa?,.. ko nak kena blasah ngan abang aku “ ... iye la.. mesti la abang aku akan bising kalo aku terima idea bernas dia... mau abang aku halaunye aku dari umah dia...

Dalam selamber selamber hafiz ni..tapi dia baik hati... kalo kawan dia susah dia mesti tolong... xde duit dia pinjamkan... kalo jumpa kat luar dia blanja n sebaliknye xkurang juga pow kawan2 suruh blanja dia tanpa rela...



Kalo time baik tu baik la sangat...kalo time begaduh memang selalu aku dengan dia bertekak habis habisan... masing masing nak menang.. Especially pasal keje... mana xnyer.. hafiz ni sangt selamba..kalo dia xnak buat keje simply2 jer passing keje tu kat orng lain.. Meaning aku la orgnyer..

Tapi dia bukan jenis simpan dalam hati.. bila bertekak pagi.. petang kitorng baik la balik.. mcm xde ape yang jadi...

Sekarang kitorng dah lama sangat xjumpa.. Hafiz dah dapat kerja kerajaan.. duduk plak kat kedah.. bila terkenang kan dia.. rasa rindu plak time keje dolu-dolu...

Kepada Hafiz good luck dengan keje ko.. entry nie terhasil pun pasal aku teringat masa keje dengan ko dulu.. boleh dikata dalam 100% kerja tu 85% aku fun keje ngan ko... Kalo ko baca entry aku ni aku harap ko xamik ati... pasal aku tau ko selamba... kan Hafiz kan....




To be continued.....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...