Monday, July 11, 2011

Fidyah

Bulan ramadhan dah dekat nak sampai.. dah ganti puasa ke belum.. kalo boleh yang mana ada hutang puasa tu cepat-cepat la ganti.. nanti xpepasal kena baya fidyah.. ataupun dengan kata lainnya membayar denda kerana lewat qadha puasa hingga melewati Ramadhan berikutnya

Cakap pasal fidyah nie ade member aku tanya, macam mana nak baya fidyah.. macam mana kiraannya.. Aku pun explain la.. cewah macam ustazah plak... agak2 aku ni bleh masuk program tv ustazah pihan tak?

Fidyah yang perlu dibayar ialah pada kadar satu cupak makanan asasi iaitu beras (Di Malaysia) bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan dan tidak diqadha dalam tempoh yang sepatutnya. contoh.. kalo 9 hari yang belum diqadha maka 9 cupak. Satu cupak menyamai 900 gram. jika 9hari maka 9 * 900 gram = 8100 gram (8 kg 100 gram).

confius... ?  aku buat equation lah...

1 cupak = 900gram
9 hari x 900 gram x 1 tahun = 8100 gram = 8 kilogram 100 gram

kalau 2 tahun tinggal puasa xganti ganti
9 hari x 900 gram x 2 tahun = 16200 gram = 16 kilogram 200 gram

kalau banyak tahun..
9 hari x 900 gram x ____ tahun = _______ gram = ______ kilogram ______ gram
korang kira lah sendiri..


Walaubagaimana pun Imam Hanafi mengharuskan secupak makanan itu dinilai dengan harga tertentu lalu dibayar kepada fakir miskin. Info nie aku baca dari internet.  Di Malaysia, harga secupak beras hendaklah dinilai dengan harga beras yang biasa dimakan oleh rakyat negara ini.

Satu lagi kalo nak bagi Fidyah bagi lah kepada fakir miskin di tempat kita tinggal atau jika tidak diketahui maka bolehlah meminta pertolongan imam atau pegawai syarak yang dilantik di kawasan kita sebab diorang lebih tahu siapa yang lebih layak untuk dapat fidyah.

Cewah cite pasal hukum agama plak aku nih.. aku pun refer bahan bacaan jer.. kalo salah korang bagitau lah yer..


to be continued...








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...