Monday, August 8, 2011

Teh O Ais Laici

Ade la sekali aku pi la minum kat satu gerai nih ngn kawan aku.. nampak gerai tu macam biase biase jer.. alah setakat nak lepak lepak jer..

datang la dia punya waiter menjalankan tugas ambik order.. aku pun order la Teh O Ais Laici.. biasa la minuman febret aku tuh...

'Kak, kalo Teh O Ais Laici harga dia RM 6.00" kata Waiter tu kat aku..

Amboi...waiter tu siap terus terang lagi harga air tu.. hmm.. bagus.. jarang orang ambik order siap bagi harga melain kalo kita yang tanye...

'Ok lah.." aku pun ok kan aje lah.. memang la mahal bapak teh o ais laici tuh.. tapi tak per la.. sekali sekala minum mahal skit.. ( itu makna nye mood aku time ni tengah baik...rela je walau dah terasa mcm tak relevent...mungkin pasal waiter tu berterus terang pasal harga air tuh...) lagi pun tak kan aku nak tarik order balik depan orang hanya kerana RM 6.00.. dah la minum jer... alah kira cincai la...

Think positif.. aku cuba bersangka baik... aku expect air tu mahal mesti pasal dia special... aku pun terbayang la yang air tu mungkin ade10 biji buah laicinyer.. atau pun ade tambah float ker hape ke yang buat dia jadi mahal cam tu...

Air yang aku order tu pun sampai.. sangka baik aku dah bertuka jadi sangka buruk.. rupa Teh O Ais Laici aku macam air biasa jer.. dia hidang dalam gelas plastik yang biasa jer..alah yang slim tu.. aku ingat laici yang berketul ketul, sekali ais batu yang berketul ketul.. iskh memang ralat betul aku time tu.. mana tak nye laici yang dia bagi sebijik jer.... First time aku minum teh o ais laici sebijik .. selalunye paling kurang pun orang akan letak tiga bijik...

Rasa.. jangan cakap la.. rasa macam minum ais kosong.. tak balance langsung.. banyak rasa tawar dari rasa laici and teh...

Aku pikir aku nih silap haribulan ker.. nak cakap harga gula naik?.. tak...bukan nye musim perayaan...
Nak cakap pakai buah laici fresh...?.. kecut jer aku tengok macam buah laici dalam tin jugak...

Entah la.. ape nak jadi la ngan peniaga sekarang nie.. kalo rasa berniaga xde untung baik jangan meniaga.. kalo setakat nak kaut untung jer lebih sampai product tak de kuality tapi mahal baik tak payah.. alamat disumpah diseranah diorang je la hidup....

Pas ni kalo nak minum teh o ais laici buat sendiri jer la... laici 1 tin paling cikai pun baru 2ringgit lebih.. bebijik bijik boleh dapat.. makan la sampai muntah...

baru aku teringat....Patut la budak waiter tu bagi tau harga air tu siap2 supaya aku tak menyesal beli...

Macam nie la rupa teh o ais laici yang aku order tu.. sebijik jer laci dia...
To be continued....










Monday, July 18, 2011

Sakit kepala aku

Hari nie aku rasa macam xde feel je nak datang keje.. Entah lah.. mungkin sebab semalamnye aku cuti.. so aku rasa macam nak cuti lagi.. agaknye pasal tu la aku kurang  feel nak berkerja..

Kalo boleh aku nak duduk umah layan astro sorang sorang.. Aidil pun aku nak anta taska jer.. semalam sehari aku jaga  dia.. huish geram aku.. mengada ngada lebih.. mentang mentang lah aku jaga dia kat rumah semuanye tak kena.. salah sikit melalak.. silap sikit melalak... last sekali kena penampar aku dua tiga das... ( cewah merungut macam tak pernah jaga anak kecik..)

Itu lah anak.. kalo dengan mak bapak dia, automatik jadi mengada lebih... macam aku mula mula jer layan kehendak dia.. kalo dah lama lama.. dapat la ubat.. Aidil nie manja sangat..  sampai semua nak kena denga cakap dia.. kalo cakap ngan ayah dia pasal perangai dia, mula ayah dia kata, 'dia tu nak adik la tuh'.. orang laki.. xde lain.. kalo rajin menjaga okla aidil nak adik berapa ramai pun.. nie tak.. lagi suka mengusik budak tu ade....pastu tinggal dia melalak lalak guling guling.. letih aku ngn peranagi 2 branak tu...

Aku risau jugak perangai aidil nie ni dibawak bawak ke taska.. aku try tanya kat taska.. aidil nie susah ke jaganyer?.. diorang cakap aidil la paling senang nak jaga.. tak macam budak lain.. dengar kata.. nak tido senang... aku pulak terkejut dengar jawapan pengasuh taska tu.. tapi tak tau la kalo diorang just nak nyedapkan hati parent so dia mention la cam tu...

Kalau betul la si Aidil boleh jaga perangai kat taska.. lega la skit aku.. itu maknanye dia memang nak kan perhatian mak bapak dia bila bersama.. Mak bapak mana yang tak sayang anak.. tapi bagi kasih sayang pun kena berbatas.. kalau ikutkan semua kehendak nanti takut spoil plak budak tu.. Siapa nak jawap? aku jugak.....

To be continued...








Monday, July 11, 2011

Fidyah

Bulan ramadhan dah dekat nak sampai.. dah ganti puasa ke belum.. kalo boleh yang mana ada hutang puasa tu cepat-cepat la ganti.. nanti xpepasal kena baya fidyah.. ataupun dengan kata lainnya membayar denda kerana lewat qadha puasa hingga melewati Ramadhan berikutnya

Cakap pasal fidyah nie ade member aku tanya, macam mana nak baya fidyah.. macam mana kiraannya.. Aku pun explain la.. cewah macam ustazah plak... agak2 aku ni bleh masuk program tv ustazah pihan tak?

Fidyah yang perlu dibayar ialah pada kadar satu cupak makanan asasi iaitu beras (Di Malaysia) bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan dan tidak diqadha dalam tempoh yang sepatutnya. contoh.. kalo 9 hari yang belum diqadha maka 9 cupak. Satu cupak menyamai 900 gram. jika 9hari maka 9 * 900 gram = 8100 gram (8 kg 100 gram).

confius... ?  aku buat equation lah...

1 cupak = 900gram
9 hari x 900 gram x 1 tahun = 8100 gram = 8 kilogram 100 gram

kalau 2 tahun tinggal puasa xganti ganti
9 hari x 900 gram x 2 tahun = 16200 gram = 16 kilogram 200 gram

kalau banyak tahun..
9 hari x 900 gram x ____ tahun = _______ gram = ______ kilogram ______ gram
korang kira lah sendiri..


Walaubagaimana pun Imam Hanafi mengharuskan secupak makanan itu dinilai dengan harga tertentu lalu dibayar kepada fakir miskin. Info nie aku baca dari internet.  Di Malaysia, harga secupak beras hendaklah dinilai dengan harga beras yang biasa dimakan oleh rakyat negara ini.

Satu lagi kalo nak bagi Fidyah bagi lah kepada fakir miskin di tempat kita tinggal atau jika tidak diketahui maka bolehlah meminta pertolongan imam atau pegawai syarak yang dilantik di kawasan kita sebab diorang lebih tahu siapa yang lebih layak untuk dapat fidyah.

Cewah cite pasal hukum agama plak aku nih.. aku pun refer bahan bacaan jer.. kalo salah korang bagitau lah yer..


to be continued...








Wednesday, June 29, 2011

Jangan Ingat Aidil Tak Pandai Main Badminton..

Hari nie Aidil nak main badminton.. sape nak ikut jom.....
Sebelum kita main.. kita kena bersenam dulu... ha.. lipat kaki cam nie ... nie namanye senaman limat melipat...

Ok.. shuttle cock dah ade.. dah boleh start main...
Alah.. kalo lawan ngn team nie mcm kacang jer...

Nah.. amik kau...
 
e..eh... jangan jatuh.. jangan jatuh... nie kena berjuang habis habisan nih...
Alamak.. jatuh jugak... xboleh jadik nih...


Bang boleh gantikan shuttle nie tak.. saya rasa pasal shuttle nie la saya kalah...



Abang.. reket nie pun punca kekalah saya bang.. saya nak tuka lah...



Macam best jer susu tuh.. jom kita minum dulu...
Mama.. Aidil penat la main tadi.. mama drive ye

Thursday, June 23, 2011

Bukti bersurat dan bergambar dna BABI

Aku nak kongsi skit pasal info yang aku dapat dari sumber email dekat opis aku.. lepas baca nie sama sama lah kita jaga pemakanan kita..

Seperti biasa, umat Islam tidak pernah serik untuk menggunakan produk dari bukan Islam.. bukan nak kata xboleh tapi bila product tu datangnye dari luar.. so kita sendiri xtau kesahihan dari segi kebersihan, kandungan  dan proses yang dilakukan ke atas product tersebut..

Alangkan product tempatan pun masih banyak lagi ketidakpastian kehalalannya...inikan pulak product luar... so jom sama sama kita baca nie....


Asssalamualaikum.


Utk pengetahuan dan tindakan semua...Saya telah menghubungi Jab Agama Johor utk memastikan yg surat ini bukan "hoax".
Pegawai berkenaan mengesahkan memo ini benar.
Mereka (jab Agama Johor) sdg berurusan dgn JAKIM utk menyelesaikan masalah ini memandangkan badan yg mengeluarkan sijil halal bg product ini adalah tersenarai sbg badan luar negara yg di iktiraf JAKIM.


Sama2 kita bersihkan makan/minum kita...biar halalan toyyiban (halal dan baik).


Azhar Idris





Untuk info,butter ni banyak dalam kek lapis sarawak..ada siap tulis kat resipi..

Raya tak lama lagi kan.. kepada semua kalo nak buat kuih raya ke.. kek raya ke.. hati hati lah yer....

To be continued....








Sunday, June 12, 2011

Background terbaru

Dah bosan pakai template yang lama, ari ni aku tuka skit background blog aku nih.. konsept masih sama...

Tengoklah kalo xde keserasian dengan background ni aku tuka balik yang asal.. eh.. macam tu pun boleh...

Untuk blog aku ni cuma header jer aku masih belum berkesempatan nak buat... tengok la nanti time senang senang aku buat..

To be continued....

Tuesday, June 7, 2011

Kelebihan Berpuasa di Bulan Rejab

Allhamdulillah.. dah sampai kita kepada bulan rejab..
Sabda Nabi s.a.w.:

Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Dalam bulan ini marilah kita sama sama mengambil peluang berpuasa kerana berpuasa di bulan rejab ini besar fadhilatnyer...

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.

* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.

* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.

Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap, terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.

Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.

* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.

* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan . Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.


Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu, engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

sumber di petik dari  http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Rejab.html



To be continued....









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...