Friday, July 23, 2010

Hari rabu yang lepas.. aku g pasa malam ngn ayah aidil.. saje la tengok2 barang.. mana la tau ade yang berkenan.. ramai org masa tu.. target aku g pasar malam ingat nak cari ulam pegaga.. aku pun pegi la kat area org jual sayur.. masa aku jaln kat satu gerai tu aku nampak ade org mintak sdekah.. org tu xbleh berjalan.. so mengesot aje lah.. sambil meminta simpati dari orng yang lalu lalang..entah la.. mungkin dia under sindiket mana2..kalo x kan la dia bleh tercampak kat situ dengan keadaan yang mcm tu.. kesian jugak aku tengok..tiba2 akuterpaku terpandang seorng perempuan.. sama juga meraih simpati..apa yang buat aku terpaku, perempuan tu bersama dengan anak nye yang masih kecil.. baru pandai berdiri.. lebih kurang sebaya aidil.. aku agak ada la dlm setahun umurnya.. muka pompuan tu sedih jer.. anaknye pulak main sorng2 ngn baju yang comot.. sedih.. tersentuh ati aku tengok.. dalam fikiran aku terfikir.. mcm mana la dia sara anaknye tu.. mcm mana la makan pakainye.. kalo dia dah besar sekolah ke dia? x tahan aku tengok.. aku pun hulur la sedikit duit..nak je aku offer si ibu tinggal ngn aku.. tapi apakan daya.. aku pun ade byk tanggungn..
dalam diam aku pandang aidil yang tengah di dokong oleh ayahnya.. aidil kecil itu bertuah.. sebab ade mama n ayahnya yang masih mampu menyara kehidupan dia.. cukup ,mkn pakai.. ade tempat kediaman selesa.. masih boleh dapat permainan baru.. tapi anak peminta sedekah tu?... hmmm.. mcm mana la masa hadapannya... kalo la jadi mcm tu dekat aidil?... oh tidak.. ya allah ya tuhan ku.. berikanlah keberkatan dlm kehidupan kami.. murahkan la rezki kami.. sempurnakan la hidup kami.. bukan kekayaan yng kami pinta.. cukuplah sekadar memperolehi kesenangn untuk kehidupan yang selesa untuk kami anak beranak.. selagi aku masih berdaya.. insyaallah aku akan jga aidil dengn kesempurnaan..

to be continued...

Monday, July 5, 2010

Aidil Demam

ari ni kelam kabut skit..pukul lima aidil dah bangun.. penat g jalan2 semalam pun x abis lagi..aku ingat aidil bangun nak ajak main.. tapi dia asyik nangis jer.. puas aku pujuk dia macm2 cara.. bagi dukung la.. bagi masuk buai la.. sume x berkesan.. bila dok belek2 si aidil ni.. rupa2nye dia selsema... aidil jarang dapat sakit cam tu.. dah berbulan2 aku jaga.. baru aku nampak rupa aidil selsema.. cian anak mama ni.... hidung dia ade hingus.. aku pun cari la vicks..sapu kat hidung n dada dia, baru la diam..

ingat nak sambung tido.. xdapek la jawap nye.. melayan aidil pun dah sejam lebih.. terus g semayang n siap2 nak g keje.. berat sebenarnye ati nak g kerja bila menengokkan si aidil.. makjang dia pun demam gak.. tapi dia kata dia dah ok.. xpe lah lagipun ayah aidil pun ade untuk tengok2kan aidil sebelum g kerja..

macam biasa aku sampai opis sebelum org lain sampai.. bukak pc.. sarapan jap.. tuai sayur kat famville jap..baru start keje..dah selesai sume aku semangat nak wat kerja nihh.. maklum la ari isnin..dah rehat kat umah 2 ari baru la refresh rasa..pegang fail itu.. pegang fail ni..tiba2 teringat la plak ade cek yang aku kena cashkan kat bank ari ni.. alamak..sume fail yang aku sepahkan aku letak balik kat temapat asal.. hmm.. xjadi nak sambung keje.. balik bank aje lah continue...

aku pun teruskan la agenda aku nak cashkan money.. banyak step buat benda alah ni.. nak kena g hq dulu.. pastu tunggu manager finance sain.. pastu g bank.. paham aje la..kalo dah dah lebih dr kul 9 pg mana ade parking lagi..aku pun terpaksa parking jauh2 n menapak ke bank,, nasib baik x jauh sangat...

dah masuk dalam bank org plak berduyun2.. diorg ni dah macam xde time lain nak berurusan. time aku aku nak settle keje aku ni la dia org pun nak wat keje..aku pun tunggu je la sampai turn aku.. ape punye malang la nasib ari ni.. sume keje jadi xlancar.. sampai turn aku jer.. sisitem bank tu plak ade problem.. iskh tension.. tension...aku kena tunggu la..

agak2 sejam gak aku dlm bank.. dah settle.. aku pun melangkah kluar.. tetiba tepun bunyi.. kakak aku tepon.. katanye aidil mengamuk dari pagi td..badan aidil panas.. dia pun surrender xdapat nak jaga aidil.. adushh...nampaknye.. nak xnak terpaksa la aku EL ari ni..

terus balik opis buat ape yang patut untuk bos tengok petang karang.. aku nak blah balik umah.. bos nak potong gaji pun potong lah.. yang penting aku nak jumpa aidil cepat2..

tepat je pukul satu aku kluar terus balik umah.. sampai umah aidil tengah tido.. temperature dia aku ambik 37.5.. sah budak ni demam.. aku terus kejut aidil, siapkan dia g klinik...aku g klinik depan umah tu jer.. jalan kaki aku 2 beranak.. so dah g klinik dapatlah time sleep.. tak tau la bos nak approve ke tak el aku ari yang ari ni.. maklum lah.. baru je mgu lepas aku amnbik mc.. siap dapat 2 ari lagi..kalo dia x sangsi nagn aku pe=unye time sleep alamat.. kurang la gaji aku untuk bulan ni.. apa apa pun.. kita tengok gj bulan depan...

To be continued......

Monday, June 21, 2010

Semalam di iCity











Semalam duk
umah
wat keje opis yang melambak2.. ntah ape yang xkena, pc ni jd slow sangat.. naik fedup pun ade bila keje yang nak dibuat jadi sangkut2.. alamat keje aku ni pending lagi la jawabnye... pandai2 la kelentong bos esok...

Dah malam baru la ayahaidil nampak batang hidung dia.. biasa la.. kalo ari cuti, dia boring ade jela aktiviti dia nagn kawan2 kesayangan dia..Tiba2 dia bersuara.. ' mama jom kita g jalan2..' aku
pun pelik.. ayahaidil ajak g jalan2 sedangkan dia jugak yang ckp semalam budget dah lari.. aku pun tye la..'nak g mana?'.. 'iCity' jawapnye.. memandangkan aktiviti tu xperlu keluarkan ongkos yang banyak.. aku pun agree je la.. so berombongan la kami sekeluarga ke iCity.. dengan makjang aidil ngn anak2 dia sekali kitorg angkut...

Sampai kat iCity jgan ckp la.. ramai nye manuasia.. sesak sesak la jugak.. rasa nak patah balik pun ade.. tapi xpe.. alang2 dah sampai.. kita teruskan perjalanan...

Maka berposing2 la kami dekat pokok yang lip lap lip lap tu.. memang cantik sekali.. sape yang xpenah ke iCity disyorkan datang.. memang xrugi...

Si kecik Aidil, pantang nampak pokok lampu yang rendah.. mesti nak dicapainye.. posing kat butterfly la.. anak rusa la.. yang excited sekali, aina ngn iesya.. kalo boleh sume tempat diorang nak bergambar..

lebih kurang dalam kul 10.30 gak.. baru la sedar dah lewat... So time to sleep.. masing2 dah penat... budak2 pun nak g sekolah esok.. balik rumah lapo aku masak nasik goreng je.. malas nak beria...

Itu la .. best g iCity.. tempat perlancongan yang sesuai dilawati.. 5 bintang untuk iCity.. to be continued....

Sunday, June 20, 2010

Makanan Cendiakawan Islam

Berat badan dah naik.. Oh tidak..

Dah lama dah plan nak diet.. tp xjadi2.. mesti ade je halangan.. sekarang ni nak g jogging susah skit.. maklum la ade ank kecik.. masa tu jadi limited... so td masa brows internet nak cari alternative lain cara diet terjumpa la 1 artikel ni tentang makanan yang sehat.. bukan saje menyihatkan tubuh badan tapi juga mencergaskan minda...



INFO SIHAT : Rahsia Pemakanan Cendekiawan Islam
Found this dalam webpage muslim consumer organisation...just to share with all my frends

Sumber : Majalah estidotmy keluaran Mac 2007 Ruangan Fakta Menarik

Seperti yang kita sedia maklum,makanan merupakan faktor paling penting bukan sahaja kepada kesihatan tubuh badan malah lebih utama kepada kecerdasan otak. Ramai percaya bahawa terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu menguatkan daya ingatan dan menjadikan minda serta fikiran kita lebih cerdas.

Malah, cendekiawan-cendekiawan Islam silam juga mempunyai rahsia dan formula makanan mereka tersendiri dan terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab.

Namun, sejak beberapa abad kebelakangan ini, rahsia pemakanan cendekiawan Islam yang tesembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam lain ini cuba diketengahkan kembali. Berikut adaklah formula pemakanan genius-genius Islam yang terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

MADU
Madu adalah makanan yang amat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafnya sebagai “shifa” iaitu penyembuh penyakit.
Manisan madu digelar Raja Ubat dan dapat menyembuh kebanyakan penyakit.
Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya dan mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein antiseptik, dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu.
Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental.
Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit-penyakit mental yang mana ia boleh menghindarkan kepenatan otak bekerja seperti berfikir, membaca, merancang, dan bermesyuarat.

KISMIS-
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
-Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, serta lemah fikiran.


SUSU SEGAR-
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
-Mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak, dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
-Merupakan makanan yanag paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh badan iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air.
-Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan.
-Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.


TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Pakar kesihatan mengakui telur merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan ekstraktif.
Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampong dan masih baru.

HALIA
Ia sangat mujarab untuk mengelak sering lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran.
Limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

DAGING BURUNG MERPATI
Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif unuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak.
Kanak kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasannya

DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi.
Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah.

DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan menghafal.

HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain.
Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak dan ia juga mengandungi nilai protein yang tinggi.

BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

KEMENYAN PUTIH (Kemenyan Serani/Luban/Kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula

BUNGA KUBIS
Terdapat sejenis asid amino di dalam sayuran ini yang mampu menguatkan tenaga mental.

BUNGA CENGKIH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja. Ia berguna untuk merangsang kecergasan minda dan memberi lebih tenaga untuk badan.

LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Disarankan untuk memasukkan labu dalam sebarang masakan sup kerana ia mampu menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil. Melancarkan peredaran darah ke bahagian otak serta menguatkan memori.

SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN SEGAR
Membantu meningkatkan kekuatan akal dan memori


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...