Sunday, May 29, 2011

Telemovie Panggilan Arwah..

Salah satu telemovie yang bagi aku kesan mendalam adalah telemovie Panggilan Arwah.. aku jarang nak komen pasal cerita yang aku tengok kalo dia xde impact..

Tapi bukan la aku nak cerita pasal sinopsis drama ni coz aku rasa itu tak penting sanagt.. yang penting bagi aku cara pengarah drama yang cuba bagi bayangan akan seksa kubur kepada para penonton itu amat berkesan...

Cerita ni pasal kesah derita orang mati di alam barzarkh yang terseksa atas dosa2 nye semasa hidup... apa yang dipaparkan dalam drama nie bagi keinsafan pada manusia yang hidup macam aku nie akan adenye seksa kubur..

adengan mayat dalam lubang kubur yang sempit.. keseorangan xde sape nak tolong, soal jawab dengan malaikat. gambar ular mematuk.. cukup la bagi kesedaran kepada munusia akan dahsatnye seksa kubur itu..

itu yang kita bayangkan.. kalo yang betul2.. agak nye macam mana erk....INSAFFF!!!!!..

Aku dengar cerita ni banyak adengan yang kena tapis dengan JAKIM.. coz JAKIM xnak tunjuk adengan siksa kubur dan malaikatnya dipaparkan secara terperinci dan mendalam. Siksa kubur itu benar. Tapi, pada pendapat JAKIM, kalo tunjuk adengan yang dipotong tu takut penonton menganggap itu adalah kejadian yang sebenar alam barzakh sedangkan itu hanyalah imaginasi pengarah drama ini...

iye la.. kita sebagai manusia mana kita tau rupa bentuk seksa kubur tu macam mana.. tapi yang pasti nya amatlah dahsat.. hanya tuhan Maha Mengetahui...

Walau apa pun kepada krew Panggilan Arwah walaupun adengan yang kena tapis dengan JAKIM tu xdapat dimasukkan , ianya dah cukup bagi impact kepada aku sebagai penonton..

Kalo dimasukkan adengan yang kena tapis tu lagi la beganda impactnyer.....

suatu hari nanti inilah tempat kita.....



So, kita yang hidup ni ambillah peluang sebanyak mungkin dan manfaatkan lah.....

To be continued...








Friday, May 27, 2011

Tea Time Menu......

Ari ni aku pecah rekod paling awal balik keje.. selalunye setengah jam ke 1jam lepas ofis hour baru aku gerak...

keluar opis tepat kul 5, punch pukul 5.03 ptg... sampai rumah tengok jam pukul 6 pun xsampai lagi...
terpandang plak buah cempedak yang jiran aku kasi 3 hari lepas...

"ini kalo x buat something nie kang rosak plak buah nie..."

Buah bcempedak tu jiran aku yang bagi... Tq kat jiran aku yang prihatin...

aku pun pegi la korek isi buah cempedak tu... wow dah ranum sangat.. 1 rumah aku berbau cempedak.. maklum la rumah aku kecik jer.....

so hasil aktiviti aku petang tu maka terjadi la sajian menu makan petang seperti dilam pic dibawah... 
isi cempedak yang aku dah filter... separuh masuk dalam mangkuk ni.. separuh lagi aku simpan dalam perut aku

ini bukan badak berendam tapi adalah cempedak berendam dlam tepung.. cuba teka aku nak masak  apa...?

pandai... tepat sekali aku nak masak cucur cempedak...

masuk kuali

tarra... dah siap.... resepi : cempedak goreng di luar pagar....

Eh!!!!.. ini cempedak ke budak?... nasib baik dah tanggal baju.. kalo tak jenuh aku kena sental baju ko aidil.....


To be continued.....





  

Wednesday, May 25, 2011

Wow.. Aleesha Farhana..................

Bleh plak  tukar tukar jantina.. kalo ko dah dilahirkan lelaki terima aje la.. kenapa nak jadi pompuan..

Kalo bab2 hukum agama ni aku xarif nak berkata kata..tapi yang aku tau kalo lelaki berpewatakan perempuan adalah dosa, apatah lagi sampai buat pertukaran jantina..

Dalam ceramah agama ade ustaz cakap.. mengubah kjadian tuhan itu adalah dosa.. alangkan cukur kening pun dah diketegorikan mengubah kejadian tuhan inikan pulak mengubah jantina.. tak bersyukur nama nyer... Kita sebagai manusia kene trima keadaan kita seaadanye.. semua tu pasti ade hikmah..

Mungkin ayat aku tu lebih kepada mengata atau mengutuk orang orang sebegini.. tapi itulah hkikatnye.. pasti golongan ini akan berkata 'ko, apa tau.. ko x rasa.. kalo terkena kat ko baru ko tau'....

Secara peribadinye aku berpendapat terjadinya golongan ni kerana mereka terlalu menurut kehendak naluri... Naluri nak cantik.. nak dipandang lemah lembut.. Nak dibelai..  n macam2 lagi la yang berkaitan dengan keperempuanan..

Aku paham.. golongan ini xmampu nak melawan kehendak hati diorang... pasal tu la pepatah ni wujud ' Kalo ikut rasa binasa, kalo ikut hati mati..' kalo kita ade naluri ke arah yang bertentangan dgn perkara yang baik sepatutnya kita kena lawan naluri tu.. itu adalah dugaan kepada kita dan tanganilah dengan waras..

Kalo orang lelaki bercerita.. lelaki la yang hebat.. lelaki la yang gagah.. bangga sungguh kaum adam tu dengan kelakian diorang... tapi kenapa golongan ini xbangga pun.. nak jugak jadi pompuan... diorang ingat senang?...  tapi yang pastinyer... kalo ko tukar jadi perempuan ko tak akan boleh mengandung... x perfect jugak kan....

Sebagai Islam malu aku bila naik kes Mohd Ashraf Hafiz yang masuk mahkamah sebab yang nak tukar nama dia kepada nama perempuan... 'Berani sungguh dia"..

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

'Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.'..

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.

dari harian metro


Hmm macam ni lah ashraf.. kat malaysia ni isue yang ko bawak ni adelah sensitif... Pasal tu pembedahan jantina ko tu xdibuat kat malaysia.. kalo x dah lama Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya buat... kalo ko nak jugak bawak nama perempuan ko tu pegi lah ke Thailand.. tempat asal ko buat pembedahan tu..

pasal tu la jangan buat benda yang xnormal nie.. kan dah susah..  tu baru susah kat dunia.. kalo dekat...... hmm maleh aku nak bebel... so, sebagai manusia yang waras pikir la dulu sebelum kita mengambil sesuatu tindakan...

To be continued...







Monday, May 9, 2011

Istilah istilah berkaitan khinzir

Artikel ni aku amik dari seorang yang bernama Nurfarhana Mohamad Omar.. Nampak macam menarik..
Aku mohon share ngn korang semua untuk info bersama

Assalamualaikum ,


Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir. Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada
produk ubat tersebut. Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat? Dalam Bahsa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:



1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.



3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.

 4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

 5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang  perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

 6. Boar : Babi liar

 7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.



8. Sow Milk : Susu BAbi


dan ada pelbagai istilah lagi...


Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat. Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis "This product contain substance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi", atau label yang menyatakan "The source of gelatin capsule is porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".


Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.
 Harap informasi ini dapat membantu anda.






Terima Kasih



oooo.. baru aku tau... sebelum nie kalo berkaitan ngn khinzir aku just tau pork dengan pig jer...maklum la aku mana tau bahasa omputih nih.... (kekampungan jer bunyik nyer.. ..) rupanye banyak lagi nama lain yang kita kena tau..

so..Fikir dulu sebelum telan............

To be continued............








Wednesday, May 4, 2011

Bila aku kebosanan...

Semalam xpepasal aku kena masuk seminar.. biasa la kalo perkara yang xdirancang tu berat skit aku nak pegi coz aku ade banyak keje nak buat..plan lain buat lain..

Dalam seminar tu aku bosan giler.. agaknye topik yang dipresent terlalu baru bagi aku.. sampai tersengguk sengguk la dibuatnye pasal cover ngantuk..


so untuk menerangkan balik bijik mata aku, aku mula menyesnap ape2 gambar yang ade depan mata aku.... tapi aku masukkan satu jer coz xbleh expose banyak2..

To be continued...









Mari Kita Berfaceblog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.


TERIMA KASIH





Monday, May 2, 2011

Mari kita jalan kaki

Dalam usha memikirkan cara2 menguruskan badan, aku terpikir apa lagi cara yang susuai yang boleh aku praktiskan supaya target aku tercapai..dan cara yang sesuai adelah senaman jalan kaki.

Kepada sesiapa yang malas bersenam.. mari la kita amal kan senaman berjalan kaki.. ape yang best tentang senaman kaki ialah ia boleh dilakukan pada bila2 masa pun.. dan tak pakai ape2 modal.. kadang2 kita buat senaman ni secara xsengaja...boleh dilakukan dimana sahaja.. Cuma nak dengan xnak jer…
Orang kata berjalan kaki boleh menghindarkan kita dari pelbagai penyakit.. contoh…Sakit jantung, darah tinggi, strok, diabetis,masalh kegemukan, stess, dan osteoporosis..

Benda yang baik memang la susah kita nak mulakan.. so disiplin diri kena kuat.. kena tahan nafsu lebih skit..

Mula2..kita kena tetapkan matlamat.. kalo yang berpenyakit tu kena tekat untuk sembuh.. kalo yang gemuk tu kena bayangkan gambaran bentuk badan yang slim selepas kita buat senaman ni..

Pastu start la berjalan dengan jarak yang pendek dulu dan slow2.. jangan la terlalu excited sangat samapai hentam berjalan sampai 40 km / jam.. nak mampus namanye… kalo dah lama2 berjalan kita dah dapat stamina so boleh tingkatkan jarak perjalan anda..

Kalo nak berjalan tu cari la tempat yang selesa dan tak bahaya.. xpayah la berjalan dekat tempat yang xrata atau berbatu batu.. contohnye dekat tempat construction org bina bangunan.. itu mencari nahas namanye… tempat rekriasi ok…

Kalo rasa bosan jalan sorang sorang.. jalan la dengan girlpren/boypren memasing.. bagi yang dah kawen.. tarik la suami/istri sekali.. lagi best kalo anak2 ikut skali…

Nak jalan pun kena ade caranyer…

Pastikan tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain.. kalo xcecah aku suspect korang adelah spesis hantu pasal orang tua aku kata hantu xjejak tanah coz bumi xnak terima..

Hayun lah tangan.. pasal dengan menghayun tangan akan ade extra aktiviti and lemak boleh bakar lebih sikit.. tapi xpayah la korang hayun terlebih2 macam orng berkawat.. nanti orang kata korang org gile…

Jalan la dengan keadaan postur badan yang lurus.. dan jgn jalan seperti ketam megajar anaknye berjalan…

Kalo nak tau prestasi perjalan kita.. tetapkan sasaran setiap kali kita berjalan..

Kalo nak lagi berkesan berjalanlah sekurang2nye 3 hingga 5 kali seminggu..


Tips untuk memulakan senaman berjalan

Cari peluang dan jadikan senaman berjalan tu menyeronokkan..

1. Sesiapa yang duduk kat condo ke.. flat ker.. apartment ker.. jangan gunakan lif.. tapi gunalah tangga…

2. kalo pegi kerja ker.. shopping compleks ker.. parking la kete jauh2 skit..supaya perjalanan anda lebih effective..

3. Bagi para2 bos.. jagn la duduk jerk at opis tu.. so cari la kerja2 yang boleh keluarkan peluh contoh macam tolong cleaner cuci toilet atau yang seangkatan dengannyer… xpayah lama.. kejap pun cukup…


4. Kalo ade masa terluang pergi la ke taman reakriasi yang berhampiran.. tapi inngat janagn bawak kereta atau motor…

5. Cubalah cari ape2 agenda yang boleh membuatkan kita berjalan kaki.. contoh mcm g masjid ker,.. g kedai runcit ker.. or g bergosip kat umah jiran…

To be continued








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...