Wednesday, May 25, 2011

Wow.. Aleesha Farhana..................

Bleh plak  tukar tukar jantina.. kalo ko dah dilahirkan lelaki terima aje la.. kenapa nak jadi pompuan..

Kalo bab2 hukum agama ni aku xarif nak berkata kata..tapi yang aku tau kalo lelaki berpewatakan perempuan adalah dosa, apatah lagi sampai buat pertukaran jantina..

Dalam ceramah agama ade ustaz cakap.. mengubah kjadian tuhan itu adalah dosa.. alangkan cukur kening pun dah diketegorikan mengubah kejadian tuhan inikan pulak mengubah jantina.. tak bersyukur nama nyer... Kita sebagai manusia kene trima keadaan kita seaadanye.. semua tu pasti ade hikmah..

Mungkin ayat aku tu lebih kepada mengata atau mengutuk orang orang sebegini.. tapi itulah hkikatnye.. pasti golongan ini akan berkata 'ko, apa tau.. ko x rasa.. kalo terkena kat ko baru ko tau'....

Secara peribadinye aku berpendapat terjadinya golongan ni kerana mereka terlalu menurut kehendak naluri... Naluri nak cantik.. nak dipandang lemah lembut.. Nak dibelai..  n macam2 lagi la yang berkaitan dengan keperempuanan..

Aku paham.. golongan ini xmampu nak melawan kehendak hati diorang... pasal tu la pepatah ni wujud ' Kalo ikut rasa binasa, kalo ikut hati mati..' kalo kita ade naluri ke arah yang bertentangan dgn perkara yang baik sepatutnya kita kena lawan naluri tu.. itu adalah dugaan kepada kita dan tanganilah dengan waras..

Kalo orang lelaki bercerita.. lelaki la yang hebat.. lelaki la yang gagah.. bangga sungguh kaum adam tu dengan kelakian diorang... tapi kenapa golongan ini xbangga pun.. nak jugak jadi pompuan... diorang ingat senang?...  tapi yang pastinyer... kalo ko tukar jadi perempuan ko tak akan boleh mengandung... x perfect jugak kan....

Sebagai Islam malu aku bila naik kes Mohd Ashraf Hafiz yang masuk mahkamah sebab yang nak tukar nama dia kepada nama perempuan... 'Berani sungguh dia"..

Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

'Ashraf yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.'..

Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.

dari harian metro


Hmm macam ni lah ashraf.. kat malaysia ni isue yang ko bawak ni adelah sensitif... Pasal tu pembedahan jantina ko tu xdibuat kat malaysia.. kalo x dah lama Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya buat... kalo ko nak jugak bawak nama perempuan ko tu pegi lah ke Thailand.. tempat asal ko buat pembedahan tu..

pasal tu la jangan buat benda yang xnormal nie.. kan dah susah..  tu baru susah kat dunia.. kalo dekat...... hmm maleh aku nak bebel... so, sebagai manusia yang waras pikir la dulu sebelum kita mengambil sesuatu tindakan...

To be continued...







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...