Tuesday, March 20, 2012

SPM

Ari nie.. satu Malaysia tau result SPM keluar...

Teringat aku masa turn aku amik result SPM... Tahun 1998..
Rasa macam tak percaya jer...

Singkap balik masa tingkatan 5 dulu.... Lepas jer aku habis exam SPM aku gatai gatai pegi bukak balik soalan soalan SPM yang aku dah buat... satu kejutan berlaku bila mana Karangan Bahasa Malaysia aku dapati keluar dari tajuk...

Tergamam aku tak terkata.. menyirap darah aku naik rasa nak pitam masa aku check kertas soalan tuh... 'Habislah... BM kalo fail, maka akan fail lah semua SPM aku... kalo nak perbetul balik sama ade repeat tahun atau Ambik Paper Julai..."

Tiap tiap ari aku nangis bila ku teringat kan kes tu.. hati jadi susah.. Mak aku yang mengadap aku pun ikut susah hati... awal awal dia bagi tau.. tak per.. dah buat yang terbaik dah...kalau xde rezeki tak lulus tu takdir la tu...

Bagus betul mak aku pujuk anak dia.. cuma anak dia jer yang tak dapat nak terima hakikat.. frust mengalahkan keputusan dah keluar dan sah Fail... beruntung aku dapat mak cam tu.. aku rasa kalao anak orang lain dah kena torture dah...

Orang lain cuti pas SPM Hepy.. aku tak.. asyik termenung jer... So aku pun kluar cari kerja  cari duit tambahan... kerja plak kerja kilang... macam nak kerja terus jer caranaya...

Bila result SPM kluar aku tak excited pun nak g amik... aku g pun dah tengah hari.. tapi orang lain dah mula nak balik...

Bila dapat jer result dari cikgu aku, aku rasa macam tak percaya.. aku lulus rupanya.. rasa macama mati hidup balik jer semangat aku... Aku ingat lulus cukup makan.. tapi tak sangka lulus aku lulus cemerlang.. pelik lah pulak.. aku nie bukannye pandai mana.. tapi macam mak aku kata kalau yang baik tu rezki.. yang kurang baik tu takdir.. mesti ade hikmahnya....

Macam magic... aku rasa karangan yang aku buat tu keluat tajuk.. tapi aku dapat bagus.. mungkin aku yang terlalu berpikir sampai benda yang betul aku boleh claim tak betul....

Alhamdulillah untuk semua... penat jer aku bersusah hati sepanjang aku tunggu result SPM keluar... hehehee..

Berwajagh baru.. sekolah aku yang dulu...




lencana nie kalau tak pakai kena denda...
To be continued.....














Apakah maksudnya......



Dah lama aku tinggalkan rumah nie... rasa sayu bila kunci rumah usang itu dibuka... rumah yang penuh dengan kenangan..

Tanpa melelngahkan masa aku dan mak aku pun mengangkat beg pakaian yang dijinjing dari tadi.. kami berehat seketika untuk melepaskan penat...

Ade kerusi di tengah hall rumah tersebut.. aku pun duduk dia atas kerusi itu memandangkan rumah tinggal itu berada dalam keadaan berhabuk lantainya...

Tiba tiba ade seekor lipan merayap masuk..  aku terkejut... memang aku tak boleh tengok binatang itu.. terlalu takut.. nak ambik kayu ketuk pun aku tak brani... aku menjerit memanggil mak aku.. mak aku pun masuk dan mencapai sebilah parang yang memang sudah sedia ada di bawah anak tangga lalu mengetukknya...

Lepas seekor mati datang pula seekor lagi lipan.. dan lama lama makin banyak lipan yang merayap dalam rumah aku... mak aku yang tadi cuba memukul lipan tadi tak terkata dan tak terdaya nak mengawal dengan kehadiran lipan yang makin bertambah itu lalu menyelamatkan diri....

Aku pun panik tak terkata cuma kaku tergamam melihat kejadian pelik itu....

Akan tetapi lipan yang banyak tadi mula berkurangan... dan akhirnya hilang dari pandangan.. dalam keaadaan ketakutan pelan pelan aku menurunkan kaki dari kerusi tadi  dan menjejakkan kaki ke lantai..

Tiba tiba mak aku memanggil namaku dan menyuruh aku pimpin ayah ku ke bilik air... aku pun meluru ke arah ayah ku yang ketika itu berada dalam bilik... pelan pelan ku tonton ayah aku yang tak mampu nak berjalan ke bilik air...

Aku mandikan ayahku dan bantu dia bergerak dengan penuh kasih sayang... kesian ayah aku.. dah lama dia menderita sakit... dah macam macam ubat diberi.. dah macam macam hospital dah pegi.. tapi sakit nya tetap seperti itu....

"Astagfirullahala'zim'.... aku terjaga dari mimpi.... rupanya kejadian tadi hanya mimpi semata.. patutlah pelik rasanya.. jumpa lipan berekor ekor...

Tapi yang paling menyayat hati aku.. setelah terjaga baru aku tersedar yang ayah yang kumandi tadi sudah lama pergi....

Sedih....apa  maksud mimpi ini... adakah aku rindukan ayah aku... apa yang yang ayah aku cuba nak sampaikan pada aku.. atau mimpi tu hanya mainan tido semata.. aku keliru...

Mungkin,  tanpa disedari aku sedang rindukan ayah aku.. pasal tu la aku jumpa ayah aku dalam mimpi....


Ya Allah ya tuhan ku berikanlah aku petunjuk kepada hambamu yang lemah ini....

To be continued.....


 
               

Lelaki kalau di belakang isteri....

Lelaki kalo blakang istri cam nie la...




to be continued.....





   











Monday, March 19, 2012

Demam Penghapus Dosa

Artikel Pilihan  : DEMAM- Penghapus dosa

Daripada Jabir r.a., bahawa Rasulullah SAW pernah masuk ke rumah Ummu al-Saib atau Ummu al-Musaiyyib, lalu baginda bertanya :

"Ada apa denganmu wahai Ummu al-Saib? Kenapa engkau menggigil?"

Dia menjawab: "Demam wahai Rasulullah, semoga Allah tidak memberkati penyakit ini."

Rasulullah SAW bersabda: "Jangan kamu memaki penyakit demam ini kerana sesungguhnya ia dapat, menghapus kesalahan dan dosa umat manusia sebagaimana tungku besi yang panas mampu menghilangkan plak (karat) yang melekat pada besi itu."

( HR : Muslim )






   

Sunday, March 18, 2012

Akibat kurang Calsium


Mainggu lepas aku demam agak teruk.. dalam 1 minggu berkerja aku amik 2 hari MC.. 1st time buat sejarah amik MC selama stahun lebih aku berkhidmat kat tempat kerja aku nih...

Entah la.. apa yang tak kena.. aku kena demam batuk and selsema sekali gus.. dalam keaadaan mengandung aku tak berani nak makan ubat.. habis kuat pun aku amik panadol 1 bijik buat tahan sakit...

Tapi smapai tahap tak tahan sangat aku terpaksa la pergi klinik... tu yang boleh dapat MC tuh.. Dr. bagi aku ubat demam yang biasa aku dapat.. aku mushkil jugak.. 'boleh plak makan ubat cam nie.. " aku tanye dr  mintak kepastian.. dia kata ubat yang dia bagi boleh dimakan... cuma ubat yang makan sendiri tu je kena hati hati pilih takut effect kandungan...

dah dengar cam tu aku pun makan je la ubat walaupun takut takut... tu pun pasal dah tahan menganggung ketidakselesaan masa demam..

Isnin aku g klinik.. hari rabu masih tak ok.. pegi lagi klinik... Mc lagi satu hari.. punya la susah demam aku nie nak baik... so sudahnye aku rasa etul betul sihat ari jumaat...

Masa aku check dengan dokter, dokter tu pun pelik.. kenapa tak baik2 lagi.. katanya antibiotik yang dia kasi tu paling power dah... dia tanya aku, lagi la aku tak tau... bukan aku miss makan ubat pun...

Last sekali dia dapat jawapan.. katanya badan aku kurang Calsium, memang salah aku susah tak minum susu.. tapi aku makan ape pil calsium yang hospital bagi time checkup...  Dr. kata 1biji sehari Calsium yang aku ambik tu tak cukup.. aku kena ambik 4 bijik.. Ha kau.. 4 bijik...

Patut la aku rasa kekejangan jer sejak 2 menjak nie... sebelum nie aku nak makan calsium tu lebih lebih aku takut...

Makannya dan dan tu jugak la aku g cari susu ala ala anmum buat stok...  walaupun aku atau sampai bersalin pun susu tu tak kan abis....

To becontinued.....










Wednesday, March 14, 2012

Artikel Pilihan : keistimewaan wanita menutup aurat

Liberal Gurlz :“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz :“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Liberal Gurlz :“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Liberal Gurlz :“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Liberal Gurlz :“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita pooooooog-=[kzanjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Liberal Gurlz :“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”,,l.

Wednesday, March 7, 2012

Penampilan......

Dah lama tak menjeguk blog nih..

tak pe..ade masa skit nie.. boleh la update sebelum sambung kerja hakiki yang lain...

Asal masuk blog cerita pasal kerja... bosan kan.. orang yang nak release tension akan jadi lebih tension kalo baca blog nie...

Diam tak diam dah masuk tujuh bulan dah aku nie.. so kena banyak berhati hati takut dah sampai masa... masa meeting tadi.. ( tengok cerita pasal kerja lagi...) office mate aku tegur.. "baby akak nie mesti perempuan kan... "

aku mengiya kan.. and tanye dia balik.. " mana ko tau baby aku nie pompuan.."

dia jawab... " sejak mengandung tengok akak nie dah berubah fesyen.. suka melaram.. compare sebelum akak mengandung dulu..'

ooo.. cam tu tu erk kalu nak tau jantina beby.....

Memang tak dinafikan aku dah ubah stail penampilan aku lebih kurang 50%... kalo dulu stail just wearing baju kurung and tudung bawal jer.. tudung express pun aku tak pakai....

sejak aku ngandung nie la baru aku ubah penampilan skit pakai baju kurung tapi pakai shawl.. tu je berubah yang lain remain the same....

bila dah start tuka uniform mengandung aku pilih long skirt... agak nye pasal tu la orng sekeliling kata aku dah berubah fesyen... padahal kalo perut dah buyung tak kan nak pakai baju kurung lagi.. ade option lain cam jubah, baju mengandung yang panjang tu.. tapi aku rasa tak boleh nak suit dengan aku.. so amik yang simple je la.. at lease long skirt ko boleh belasah pakai lepas besalin nanti....

pasal pemilihan tudung ade sebabnye... KENAPA AKU PILIH SHAWL....

1. kalo pakai shawl.. tak payah nak iron pagi pagi.... so kena cari shwal yang susah nak berkedut.. kalo korang campak dalam mesin basuh pun dia tak jadi ape...malahan cepat kering bila dijemur...

2. shawl jenis aku pilih nie bidang dia kecik and kalo dipakai tak akan nampak berbulut- bulut    kat tengkok kita... sebab ade orang yang pakai shawl yang jenis besar bila dililit rasa cam berat je kepala dia nak bawak...

3. setakat nie shawl yang aku beli sumenye bawah RM10... murah kan...

4. Kalo pakai shawl kita boleh adjust kelabuhan... dulu aku perasan.. kalu aku pakai tudung bawal mesti susah aku nak labuhkan.... nak tak nak mesti nampak singkat punyalah... kalo aku tak lilit kang ornag panggil aku ustazah plak... padahal ilmu tak setara mana... so kalo nak pakai shawl selain boleh bergaya sekali gus boleh tutup apa yang patut.. tapi kalah jugak la ngan tudung labuh.. tepuk dada tanya selera lah....

5. walaupun harga kebanyakannya bawah RM 10.00 tapi dia banyak corak... sesuai untuk dipakai dengan baju plain... nak pakai shawl kosong pun bayak and sesuai pakai ngan baju kurung corak corak..

6. kalo g mana mana shawl senang nak dapat.. melambak kedai tudung yang jual shawl...antara berkenan dengan tak berkenan jer...

7. trend zaman sekarang... mudah.. simple.. dan macam macam kekdah lilitan boleh buat.. kalo dah jemu lilit cam tu.. lilit cam nie...

Mungkin lepas ni aku akan sambung pakai shawl selagi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas....


To be continued.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...