Thursday, January 13, 2011

Cari Rumah Sewa

Hari ni rasa macam kepenatan skit.. mana tak nye aku run sample acid sorang2 sebanyak 34 samples.. xpenah2 aku merajinkan diri sebegitu rupa.. bukan ape.. aku rimas tengok sample yang melambak kat lab tu.. dah cecah 200 lebih dah.. Alhamdulillah lepas abis semua test td aku check tinggal lagi 141 sample lg yang pending...itu semua hasil usaha aku dan Razi

Lepas run sample aku masuk office approve result plak.. ada la dalam 10 jobs semua.. dah settle semua baru la aku berangkat balik..Ayah Aidil dah siap tunggu kat depan... macam biasa kena ambik aidil dulu dekat taska.. berita yang sama hampir setiap ari aku dengar dari pengasuh aidil ialah  “aidil mengamuk ari nie”l.. hmm.. no comment... aku xbleh buat pe.. harap2 dia boleh berubah dalam seminggu dua lagi...

On the way balik aku tengok bukan main jem lagi.. ade xcident agaknya.. panjang giler plak tu jemnyer.. Ayah Aidil pun suggest something... “apakata kita g survey rumah sewa.. kalo dapat cepat bleh pindah cepat”..  aku pun setuju aje la.. kitorg pun pergi la menuju ke area Desa Pinggiran Putra.. aku agak berkenan dekat tempat tu pasal tempat dia tenang jer.. memang la jauh skit dari centre tapi   xpe.. janji selesa.. lagipun kalo duduk kat situ aku pegi keje xkena tol.. dah jimat banyak la tu..

Memang best best rumah kat situ.. aku xkesah sangat rumah mcm mana pun.. janji ade tanah skit pun jadi la.. pasal aku plan aku nak buat kebun kecik kat tepi rumah.. seronok kalo dapat makan sayur yang kita tanam sendiri... hehehe.. mcm la rajin sangat.. berangan je lebih...
Kitorg Nampak banyak rumah yang kosong.. tapi xde plak diorg letak  iklannak sewa rumah.. agaknya itu syle org kat situ kot.. pada aku kalo xletak  mcm mana org nak tau.. ataupun diorg ni lebih suka letak iklan kat mudah.com..  disebabkan xde iklan or signboard aku terpaksa la buat2 ringan mulut Tanya org2 yang lalu lalang kat tepi2 tu.. sekali Tanya aku dapat banyak contact org yang nak sewakan rumah.. memang berkesan.. patut la org cakap.. malu bertanya sesat jalan.. kalo xmalu ini la hasinyal.. byak info kita dapat.. nak plak org Malaysia ni sepatah kita Tanya bepatah patah dia menjawap.

Ayah aidil pun dapat je no phone t uterus dia call.. mcm2 jawapan kitorg dapat.. dah ade org duduk la.. nak renovate rumah dulu la.. nak sewa 3 bulan lagi la..... hmm nampaknye xde rezki kami lagi nak dapat rumah... 

Aku plan hari sabtu ni aku nak ajak ayah aidil pegi survey lagi.. tu pun kalo dia free la...

To be continued...................


Sunday, December 26, 2010

ISO 17025


ISO 17025?.. Fuhh… dari dulu sampai sekarang, aku memang kurang berminat dengan perkataan ni.. tapi nasib aku memanjang je xleh lari dari benda alah ni… apsal la makin famous lak ISO 17025. Aku ingat lagi.. dulu aku pernah tension sgt keje kat TOLS.. ada la sebabnye..yang tu xleh bgtau kenapa.. aku pun g la survey2 kerja.. dah nekat sgt la time tu nak keluar dari company TOLS.. g interview sana g interview sini.. sume nye tanyekan pasal ISO.. fed up aku.. sume kerje scope ade ISO. Nak kena handle plak tu..

Ade satu company ni dia memang cari QA untuk ISO.. aku awal2 lg dah tolak.. tp dia siap pujuk aku suh aku blaja kat current office selok belok ISO n datang kat dia balik n implement ISO untuk dia.. bleh plak macam tu.. Ade jugak yang offer keje.. aku pun excited la.. aku ingat kan keje ape rupa2nya jd consultant untuk ISO.. hmm sorry la.. aku x minat…. Agaknye hidup aku ni xleh lari dari ISO.

Aku bukan nye ape.. ISO ni leceh.. memang aku tak nafikan aku byk terlibat dalam proses ISO tapi tu sume secara tak sengaja dan ade jugak secara paksa… kat tempat baru aku pun sama jugak.. bos aku ingat aku terrer sgt la pasal ISO ni.. bleh dikatakan benda2 yg berkait ngn ISO dia serah kat aku.. mcm la aku ni expert sangat… terus terang aku ckp aku just familiar jer.. xde la pandai bebeno..

Kat tempat keje nama aku disenaraikan dalam aktiviti 5S.. OK la tu.. involve ngn perkara yang masih baru untuk aku..semangat aku nak pg meeting.. tup2.. bos aku g tuka nama aku ke ISO 17025.. alamak.. hangin je dengar berita buruk tu.. seboleh2nye aku nak lari.. tp dia… hish malas nak cakap.. nak demand sgt pun sape la aku… ambil je la benda tu sebagai challenge.. berpikiran positif.. buat the best.. insyaallah…

to be continued....

Thursday, November 25, 2010

Coklat...




Dah sebulan lebih rupanya aku kerja kat TNBR ni. Rasa mcm sekejap jer.. Situasi kat sini memang jauh beza ngn TOLS. Byk peraturan..

Tiap tiap pagi isnin akan diadakan perhimpunan..tp xde la mcm perhimpunan kat sekolah tu.. angkat angkat tangan.. beratur.. senang diri.. Perhimpunan di tnbr ni adalah untuk mengumpulkan kesemua kakitangan tnbrian untuk mengetahui isu-isu semasa syarikat. Ia juga melatih kakitangan supaya yakin berucap di hadapan orng ramai dalam sesi we care, we share. semua akn bergilir gilir mempersembahkan artikel masing2 pada setiap pg isnin tu..

Ari rabu lepas aku datang kerja mcm biasa.. Pg2 bos aku datang kat aku.. mcm biasa la dia..bercerita mcm2 ngn aku.. sebelum dia pegi dia ckp kat aku, 'Ros Isnin depan awk present kan?'.. aku ni terkebil2 la.. present ape?.. Kat mana?.. xde sape bgtau pun.. Bos aku bgtau aku kena present kat Morning talk isnin ni, semuaa tu diorg dah inform by email isnin lepas.. aku pun cepat2 bukak email.. betul la. memang ade email tu.. abis la aku.. satu bahan pun aku x prepare..nak kena submit before jumaat.. kalo x aku xde bahan bediri la sorang2 kat depan nanti..

inilah sebahagian email yang telah aku dapat tp aku x bukak.

Congratulations. You are appointed to be the Host / Presenters / Doa recitation representative for The Monday Buzz – 29/11/2010.

Segment : We Care, We Share:-
• ICT Educational Tips – En. Mohd Asri Dollah
• Sharing Session – Pn. Roshaniza Binti Ismail
• Leadership Talk – Pn. Norhidayah Shahuri


terus aku brows internet tengok bahan ape yg sesuai untuk aku buat presentation.. blur... masuk sana x kena.. masuk sini x kena.. last last sekali aku teringat presentation aku masa kat universiti dulu.. aku ade buat presentation pasal kebaikan coklat.. hmm rasanya mcm sesuai jer.. so pada ari itu jugak aku start create presentation aku.. hasilnya aku dapat siapkan jugak dalam masa satu hari. Kerja?.. pepandai la aku manage.. time tu plak melambak2 keje aku kena siapkan.. maklum la.. staff ramai yg cuti...

Ini lah hasil presentation yang aku buat.. dan sekarang aku share jugak dalam blog aku ni.. actually dia dalam bentuk slide power point, tapi aku copy paste je la...

KEBAIKAN COKLAT……

Coklat bukan sahaja gemar dinikmati oleh si anak kecil.Khabarnya,coklat banyak memberi kebaikan kesihatan,kecantikan dan ghairah orang dewasa?Sebab itulah coklat sering menjadi hadiah untuk orang tersayang pada hari-hari tertentu.Mengapa coklat dijadikan sebagai lambang cinta?Apa kandungan zat yang terdapat di dalamnya sehingga ‘makanan lazat’ ini digemari ramai?.Adakah coklat ini boleh dilabelkan sebagai makanan menyihatkan atau sebaliknya?



1- Coklat Untuk Kesihatan

Coklat dengan kandungan biji koko memiliki lebih dari 70% kebaikan untuk kesihatan,kerana coklat kaya dengan kandungan antioksida iaitu fenol dan flavonoid.Dengan adanya antioksida ia mampu menangkap radikel bebas dalam tubuh.Kandungan antioksida ini tiga kali lebih banyak dari teh hijau,minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksida.Disebabkan fungsi antioksidanya itu maka minuman coklat sesuai dijadikan sebagai minuman kesihatan.Fenol, sebagai antioksida mampu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah sehingga mampu mengurangkan risiko terkena serangan jantung dan dikatakan boleh membantu mencegah timbulnya kanser dalam tubuh serta mencegah terjadinya strok mahupun darah tinggi.Selain itu,kandungan lemak pada coklat berkualiti tinggi dan bebas kolestrol.Ia tidak menyumbat pembuluh darah.

2- Coklat Kaya Vitamin

Coklat juga mempunyai beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A,vitamin B1,vitamin C,vitamin D,dan vitamin E.Selain itu coklat juga mempunyai zat dan khasiat pemakanan yang penting untuk tubuh seperti zat besi,kalium dan kalsium.Koko pula terdapat sumber magnesium semula jadi yang tinggi.Jika seseorang kekurangan magnesium ia boleh mengakibatkan hipertensi,penyakit jantung,diabetes,sakit persendian dan masalah bulanan wanita,pra menstruasi (PMS).Dengan menikmati coklat,ia mampu menambah magnesium dalam zat keperluan harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesterone pada wanita.Hal ini boleh mengurangkan kesan negatif dari PMS.


3- Coklat Itu Menenangkan

Rasa tenang yang timbul setelah menikmati coklat bukan sekadar perasaan sahaja.Malah coklat juga mengandungi ratusan zat yang memungkinkan terjadinya reaksi kimia di otak.Zat-zat inilah yang kemudian akan merangsang aktifnya serotonin di otak yang selanjutnya akan mengalirkan perasaan tenang dalam diri individu.Selain itu,zat terbanyak yang terkandung dalam coklat adalah theobromine yang dapat mensimulasikan jaringan sarat dan jantung yang membuat kamu terjaga dan bersemangat.Kesan ini juga boleh diperolehi dari kafein pada kopi atau teh.Manfaat lainnya.ia juga boleh membantu meredakan batuk.

4- Coklat Untuk Kecantikan

Kebaikan lain dari coklat adalah kecantikan.Kandungan antioksida yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal.Maka tidak hairanlah jika kini wujud satu kaedah baru dalam dunia kecantikan iaitu lulur coklat yang sangat baik untuk kecantikan kulit.





Monday, November 1, 2010

Apakah nasibku pada 22 October 2010

22 hb ni ari Isnin, Takut aku denga tarikh ni.. agaknye ape la DSM nak tanya kat aku nanti... harap harap bia la soalan yang x menguji minda..
susah jugak aku nak adapt ngn test2 kat sini.. walaupun lebih kurang sama tapi dari segi penggunaan equipment dan cara handling dah lain.. agaknye bleh ke aku competence dalam masa x sampai 3 minggu..hmm.. soalan cepu emas.. kita tengok la bila sampai masanya nanti...

Tuesday, September 28, 2010

siapa suka mandi malam and minum ais ?



Ini ade 1 artikel yang menarik perhatian aku.. Khusus buat penggemar ais dan kepada yang suka mandi malam sila ambil perhatian.. memang tak dinafikan kalo yang suka minum ais batu tu aku lah orgnya.. tapi nila dah baca rasa takut la plak.. kena pencen minum ais cepat2 nih.....

Baca penjelasan di bawah mengenai kes mandi malam. Pada tahun 1983, saya mula gemar bermain badminton dan budaya ini berterusan sehingga tahun 1998. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Selalunya saya bermain badminton 2 kali seminggu atau lebih. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Pada penghujung 1980an arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.

Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Saya mula bertanya kepada pesakit ini tentang penyakitnya serta sejarah hidupnya. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun.

Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi. Dari proses sains secara membuat pemerhatian ini saya sudah boleh membuat kesimpulan iaitu mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kep ada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair. Pada kira-kira 3 bulan lepas, seorang rakan sekerja saya yang bakal pencen pada Februari ini telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan dan Ketua Jabatan datang melawat pesakit ini di HSA.

Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan "Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? ". Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah "Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya ". Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata "badan dah panas, nak buat apa! ". Begitulah kata-kata orang yang degil. kesan minum air batu Mari kita kupas satu demi satu dan mulakan dengan kesan minum air batu ke atas paru-paru. Mari kita buat eksperimen pertama. Ambil sebiji gelas, masukkan beberapa ketul ais dan tambahkan sedikit air. Biarkan di atas meja untuk tempuh beberapa minit. Perhatikan apa yang terjadi di permukaan luar gelas ini.

Dari eksperimen ini, kita akan perhatikan titisan air di permukaan luar gelas ini. Kesimpulan dari eksperimen mudah in ialah, suhu sejuk dari bahagian dalam gelas boleh menyebabkan proses kondensasi wap air di udara berlaku di mana wap air ini akan bertukar bentuk dari wap kepada air. Dalam anatomi manusia, saluran esofagus adalah saluran yang membawa makanan dan minuman dari mulut ke perut. Di sekeliling saluran esophagus ini terdapat binaan paru-paru. Unit terkecil bagi paru-paru ialah alveolus. Alveolus adalah binaan mirip sebiji belon. Udara di dalam alveolus ini sangat lembab (high humidity).

Apabila seseorang minum air batu seperti jus apel atau jus oren, saluran esofagus menjadi sejuk dan alveolus yang terletak berhampiran esofagus ini juga menjadi sejuk. Keadaan ini akan menyebabkan proses kondensasi wap air berlaku di dalam banyak alveolus menjadi cecair air. Air ini akan terkumpul di dalam alveolus. Apabila proses minum air batu ini berterusan untuk sekian tahun, proses ini juga akan berterusan dan akibatnya ialah semakin banyak air terkumpul di alveolus dan air ini akan mula melimpah ke kawasan alveolus lain.

Air yang terkumpul di alveolus (paru-paru) ini akan mengakibatkan alveolus tidak dapat menjalankan fungsinya iaitu menjalankan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Lebih banyak air terkumpul akan mengurangkan bahagian paru-paru untuk menjalankan fungsi asas paru-paru iaitu pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida. Itulah sebabnya orang yang gemar dan kerap minum air batu akan cepat mengah bila berbuat aktiviti lasak kerana pertukaran udara di paru-paru tidak mencukupi.Daripada situasi ini, badan bertindak balas menghasilkan satu tindak balas iaitu tapak tangan lembap dan basah. Kajian saintifik ini telah dimantapkan dengan mencari data ujian kes sebenar ke atas sampel-sampel orang yang memang suka minum air batu.

Beratus sampel dikaji dan salah seorang pelajar saya akhirnya memilih tajuk yang berkaitan bagi Projek Tahun Akhir beliau. Saya banyak membantu beliau dan pelajar ini juga sebenarnya banyak membantu saya. Salah satu sampel yang menarik dalam kajian saya ini ialah satu hamba Allah saya namakan Mr Y. Mr Y berusia 48 tahun. Seorang ketua jabatan yang tabiaatnya ialah gemar air batu. Biliknya sentiasa berhawa dingin namun yang peliknya ialah tingkap bilik Mr Y sentiasa terbuka agar biliknya tidak sejuk (panas).

Mr Y juga gemar berbaju dua lapis atau memakai blazer walaupun cuca agak panas bagi saya. Namun yang paling menggelikan hati saya ialah beliau tidak boleh tidur bersama isteri, alasannya ialah bila tidur dengan isteri, siisteri hendak buka kipas syiling tetapi Mr Y tidak membenarkan kerana sejuk. Bagi mengelakkan pergaduhan, isteri tidur dengan anak-anak dengan membuka kipas sementara Mr Y tidur bersendirian tanpa buka kipas. Bagi makluman pembaca sekelian, Mr Y sudah kena simptom "kalah sejuk" iaitu antara pelbagai kesan dari masalah paru-parunya. Dengan ini dirumuskan bahawa:-MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru


so dlm hal ne,kena jdkn panduan bhy mandi malam.. to be continued

Friday, September 24, 2010

7hb Oct... Selamat tinggal TOLS

Diam x diam dah masuk 5 tahun aku berkhidmad dekat TOLS tercinta nie.. teringat plak suka duka selama bekerja di sini... lebih kurang lg 2 minggu aku kat sini.. dan bila dah sampai masa aku kena tinggalkan TOLS.

Walau ape pun kenangan bersama TOLS tetap segar dalam ingatan aku.. rasa mcm baru semalam aku g interview kat spm.. 5 tahun yang lalu...berbekalkan sijil degree yang tak seberapa aku pegi temuduga yang ntah hape2 aku menjawap.. lepas jer abis interview aku rasa aku langsung xde harapan nak menjadi salah seorang ahli TOLS.

Tapi sebaliknye.. lepas beberapa minggu aku dapat call dr HR mengatakan aku di terima..
gembira sgt pasal aku dah dapat kerja dalam field yang aku blaja walaupun gj x seberapa..

bermula lah kesah hidup aku sebagai pekerja.. rasa mcm org bodoh je mula2 masuk keje.. semua benda aku xtau nak buat.. pengetahuan aku 0 untuk perkerjaan ini...nasib baik staff kat TOLS sporting2.. satu persatu aku blaja..dah akhirnya daripada seorng analyst sekarang aku memegang jawatan lab manager.. alhamdulillah.. rezki tuhan beri.. sangat ku syukuri..

Sedih.. sayu..semua perasaan ada dalam hati ini..jatuh dan bangun bersama TOLS x dapat kulupa.. bagi ku pengalaman bersama TOLS yang mematangkan aku sebagai pemimpin. Memang pengalaman ni xdpat di beli di mana2...

Disebabkan TOLS la aku mendapat peluang yang sanagt berharga. akan tetapi di sebabkan peluang itu, aku terpaksalah meninggalkan TOLS... maafkan aku TOLS, aku xmau dianggap sebagai kacang lupakan kulit.. sebagai membalas jasamu aku akan tetap memantau TOLS tapi bukan lah sebagai pekerja tetap lagi, tetapi sebagai part timer sahaja.. setiap sabtu aku akan datang monitor apa yang patut.. kepada staff yang lain, jgn la risau, aku percaya TOLS akan berkembang maju walaupun ketiadaan aku..korang sume rajin bekerja.. lagipun kekosongan jawatan aku tu boleh lah korang ambik n tunjukkan skill masing2... bila bos suka insyaallah korang akan naik pangkat.. hahhahah...

to be continued
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...