Thursday, November 24, 2011

Gajus, sebagai Pil Vitamin semula jadi





buah gajus

Cuba teka nie buah apa.. ni la buah gajus.. ataupun kat kg aku dipanggil sebagai buah janggus... atau bahasa omputehnya yang kacang nya dipanggil cashew nut...

Tetiba plak citer pasal gajus nih.. sebenar nye semalam member aku bagi aku buah gajus.. dia amik dari kampung katanya... teringat plak masa kecik2 dulu.. selalu petik buah gajus dekat depan sekolah... sekarang nih nak tengok orang jual buah ni pun payah....

Selain daripada penyedap rasa ia juga merupakan buah yang penuh dengan khasiat. makan makan jugak.. sambil makan tu apasalahnya kalo kita ambik tau apa khasiat dalam kacang gajus nih...

Kalo kecik kecik dulu antara teka teki yang famous adalah “buah apa bijinya di luar?” jawapannya.. buag gajus la... unik kan buah nih...

Pucuk pokok gajus ni plak kalau mak aku dia suka buat ulam atau pun dijadikan antara bahan ulaman yang diletakkan dalam hidangan laksa... rasa dia ala ala kelat skit.. tapi sedap....
Kalo mengikut saintificnya khasiat yang terdapat dlam buah gajus ni banyak...antaranya adalah mengandungi pelbagai zat mineral seperti magnesium, fosforus, kalsium, zink, selenium, zat besi dan potasium. Bahkan, kepelbagaian vitamin seperti vitamin B6, vitamin K, vitaminC, vitamin E, niasin, folat, riboflavin dan thiamin juga membuatkan kacang yang berasal dari bumi Brazil ini kaya dengan nilai perubatan.



tak payah makan pil segala.. makan buah gajus jer... dah awet muda...
Faedah Lain
1. Daun gajus berupaya membunuh bakteria dan kuman, mengubati cirit-birit, mengurangkan demam, gula darah, tekanan darah dan suhu badan.

pokok gajus


2. Mempunyai lemak baikuntuk pengurusan berat badan. Namun disyorkan pengambilannya secara sederhana kerana ia tinggi kadar tenaga dan serat.

cashew nut
Dan akhir sekali

3. Gajus merupakan kudapan sihat untuk pesakit jantung.

To be continued...











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...