Sunday, January 30, 2011

Hujan

Start dari pagi hingga sekarang hujan xberenti2 lagi.. semua aktiviti dibatalkan.. termasuklah aktiviti mengampai kain..  nak klua g jalan2 pun xbest... confem jem... lebih masa dalam kete dari kat lua..


Tapi yang pasti aktiviti yang paling aktive aku jalankan time hujan cam ni adalah tido....


Nak cakap sekarang musim hujan pun semalam terang benderang jer.. xtau la cuaca zmn sekarang nie.. xmenentu..  bia la hujan yang turun ni bawa rahmat and jgn sampai banjir dah ler....


To be continued..................

Saturday, January 29, 2011

Congratulation kak asma'

Sejak dua menjak ni aku asyik mengcongratulationkan org jer.. aku ni bila org nak conratulation ntah... (ntah pape ntah syok sendiri....) semalam aku congretkan kak yati.. kali ni aku nak congratulationkan kak asma' plak atas keterreran dia menjawap semasa sesi interview perlantikan approve signatory... Akhirnya 'LULUS"


Sesi interview dibuat oleh pihak jabatan standard... biasala.. tanggungjawap nak menyain report ni besa.. salah sain xpepasal ko kena naik mahkamah.. bebaloi la usha kak asma xtido malam semlam pasal stadi 10 SP series.. siap khatam 5 kali tu... pasni kalo tanye dia pasal SP series confem dalam klapa dia jer...


Start bulan depan boleh la kak asma sain cert... pulus pun masyukkk......

Sesi interview sedang dijalankan. Asma sedang bertungkus lumus cari cert ISOnya yang xjumpa2... hmmm mcm mana tu


Ok.. semoga cekal menjadi nakhoda TOLS.....


To be continued...................

Friday, January 28, 2011

Congratulation Kak Yati...

serbu.......


Thank you kak yati, sempena perpenentnya kak yati aku dapat makan free ari ni,.. makan kat restorant johnny's lagi..  mana tak nye kalo nak harap aku yang saje2 nak ke tempat camtu tunggu gaji la.. tu pun bekira2 dulu..


Sory la.. aku just sempat snap gamba makanan yang kami makan jer.. maklum la time tu aku dah lapa.. so sedar x sedar gambar kak yatinye xde..sory ye kak yati


walaupun gamba k. yati xde tapi tangan dia aku sempat snap.. dia jaga periuk tomyam tu takut kitorang curik2 makan
Serangan bermula........




akhirnya.. dalam sebesar2 periuk tu, ni jer yang aku dapat.. hehehe.. acah jer...ni mangkuk terakhir aku sebenarnyer...



Kepada kak yati tq so musch for the lunch..  Semoga kak yati terus berjaya dalam career kak yati... terima kasih daun keladi..
kalo boleh blanja la lagi...

To be continued....

Wednesday, January 26, 2011

Gara-Gara Kuih Ketayap

    Look yummy..
    Tengok gambar kuih ketayap kat atas tu.. ha ni bukan nak citer pasal resepi buat ketayap.. tapi citer pasal ketayap aku mengatok giler xcukup tido..
    Citer die cam nie.. Semalam kakak aku dapat tempahan buat ketayap.. dia call aku suh beli tepung la.. minyak la.. kelapa la.. aku ingat kan nak buat ape.. rupa rupanya dia dapt temapahan 300 biji ketayap nak kena sedia sebelum pukul 5 pagi esok.. Aku pun Ok jer la tolong beli kan.. dah sampai umah dia pun mengadu. Dia kata dia penat nak kejarkan buat ketayap sorng2.. anak dia demam.. asyik merengek jer.. Kesian plak kat dia .. aku pun teringan mulut cakap kat dia.. xpe la.. nt org tolong kamu buat ketayap yer..
    Sebelum ni xpenah2 aku tolong dia buat kuih.. penat la kalo nak buat 2 kerja dalam 1 masa (ayat malas.. boleh jer sebenarnye.. nak seribu daya xnak seribu dalih)... selalunya kakak aku yang buat sorang2 ..
    Disebabkan dah kata nak tolong, pukul 11 malam aku dah standby.. aku ngn kakak aku gilir2 la wat keje.. sekejap aku acukan  tepung dalm kuali.. sekejap aku gulungkan.. tapi yang jadi lama tu pasal anak dia asyik menangis jer.. kalo cam ni sebijik ketayap yang seminit satu boleh jadi setengah jam satu.. dugaaaaan..........
    At last aku buaikan ank dia.. lama jugak ambik masa..adela dalam 1 jam lebih baru nak tido..
    Dalam pukul 4 lebih baru setle wat kuih segala.. kira masa tu cukup2 jela.. dari kul 11 malam ke 4 pagi.. siap 300 ketayap.. ngantok jgn cakap la... aku dapat tido 2 jam jer.. pukul 6 bangun siap g kerja.. kalo dulu aku siap aku sorg jer.. sekarang kena siapkan aidil sekali untuk dihantar ke taska.. penat...
    Kat tempat kerja ade Audit plak tu.. aku jd auditor.. tibai je NC ape2.. janji ade NC aku korek..susah nak concentrate bila dah asyik mengantok...
    Xpenah aku rasa penat sangat cam ni.. agaknye aku berjaga malam sekali dengan memerah tenaga.. selalunya kalo tido lewat pun pasal aku xleh tido, tapi still masih boleh fresh.. boleh cath up lagi...
    Aku xdapat bayangkan selama ni kakak aku buat kuih sorng2 dia.. aku yang baru buat 300 biji pun dah surrender.. nikan plak tiap2 ari buat.. bukan 10 20 bijik.. tapi beratus.. kadang2 cecah 500...
    Bagusnye, dia dapat income.. yang xbest nye, dia penat..nak urus diri sendiri pun xsempat.. nak buat cam ner dia cari rezki cara cam tu..kalo dia xambik tempahan tu cam ner nak sara anak2 dia.. dia bukn ade keje lain pun.. kesian aku tengok dia... Itu lah kasih ibu.. susah camner pun dia xkan biarkan anak dia xmakan x xpakai... dia susah xpe, jgn anak2 susah.. Insaflah wahai anak2...
    To be continued....

Monday, January 24, 2011

Buat Blog Dapat Duit

''Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya.'' kata-kata seorng blogger..

Aku baru tau pasal benda nie.. Sungguh aku ni ketinggalan dalam bab2 Internet nih..Patut la org ramai yang tulis blog.. Dan aku plak tulis blog sekadar suka2 jer.. kalo aku nak buat duit confirm terjejas la prestasi kerja aku pasal  kalo aku mengadap blog jer  confirm kerja aku xjadi.. nak duit punye pasal kan.. kena la concentrate cari bahan menarik publish dalam blog.. baru la org bukak.. n bila org bukak duit pun masyukk... ala benda ni mcm facebook la.. ketagih.. tiap2 minit nak kena bukak fb nak tengok berapa ramai org respond ngn update status kita... nak buat tu boleh.. tapi kena la pandai bahagi masa dan itu bukan la jenis aku.. kalo aku buat sesuatu aku akan concentrate kat situ je la.. so sekrang aku ade pekerjaan nak kena concentrate..  memang xlayak la aku nak terlibat dengan jana income jadi blogger sepenuh masa...

To be continued....

Saturday, January 22, 2011

Wah wah wah... anak teruna aku nie....

Hari Jumaat lepas tepat je pukul 5 petang aku klua dari opis..biasa la dah masuk mode cuti, xkuasa aku nak stay lama lama kat situ.. memang la keje banyak, tapi kalo dilayan sampai bila2 pun x abis..

Memandangkan ayah aidil xsampai lagi, aku pegi la jemput aidil kat taska dia.. best news dari taska, Aidil dah boleh adapt kat situ.. dah x mengamok dah.. ini gara2 kain batik azimat dia latu..

Macam biasa aku tunggu ayah aidil dalam kete.. kira senang skit.. nt bila ayah aidil sampai terus je jalan.. kalo nak tunggu dalam opis nak kena turun naik plak.. Si aidil ni plak xtekira buasnye.. memanjat sana memanjat sini.. kira kete aku tu dah jadi tempat main pondok2 dia dah..  mainan dia sana sini sepah.. xbleh la aku nak ngaku aku ni singgle lagi sedangkan dah jadi mak budak dek mainan dia yang merata2 dalam kete tu...

Sume benda nak diusiknye.. sekejap picit radio.. dari channel hot.fm dah jadi channel tamil.. cina...sume ade.. nasib chennel siam xdapat coverage... kalo tak layan jela ape yang dia picit... dari radio pergi ke lampu plak.. dia panjat kusyen kete tu.. aku yang gayat.. takut dia jatuh.. fuh penat sungguh melayan budak ni.. nasib baik la ko anak aku dan yang pastinya bukan anakonda...

Agak2 dah jemu main picit2 lmpu, dia nampak reben ayah dia.. pelan2 dia ubah lokasi ambik reben tu.. macam biasa aku sebagai mak dia larang dia,., xbg main benda2 mcm tu.. tapi peduli hape dia.. bukan dia paham pun..janji dia seronok.. risau aku kang tepatah plak reben tu.. xpasal2 ayah aidil mintak ganti kat aku...
Mangsa : Reben Ayah Aidil
Mangsa : Reben Ayah Aidil
Lagak macam la pandai sangat.. dia pakai reben tu pun senget benget.. soronok plak tengok gelagat dia pakai reben tu.. tau plak dia reben tu pakai kat mana.. ni mesti dia perati ayah dia n dia pun tiru... aku tolong dia pakaikan.. wah.. dah xnak bukak2 la plak... sukati ko la aidil.. kang ambik kang menjerit histeria  xlarat plak nak denga..

Keperasanan aidil terserlah. Dia ingat dia habis hensem pakai reben tu

Hasil kejadian ari jumaat tu aku pun bawak la aidil g kedai mainan.. objektive utama adalah beli spek mata kanak2 untuk si aidil..kalo xbuat mcm tu reben ayah aidil akan menjadi mangsa lagi.. dapat je  spek mata tu memang dah xnak bukak2 dah.. kemana2 pun dia pakai jer.. anak aku ni.. baru stahun dah pandai nak begaya.. benda2 macam tu cepat je ko dapat ye aidil.. mak bapak dia la nanti pokai nak kena jaga maintenance dia... xpe la kecik lagi.. bleh la layan.. nanti dah besa dah reti bahasa, jgn harap ler...
Aidil dah dapat ape yang diidamkan
Ni kena possing maut sikit


'Mama, hensem x aidil'
Play time...Salah satu mainan aidil yang wajib main dalam kete

Control Macho.. time minum susu pun spek xnak bukak..
  To be continued.......

Thursday, January 20, 2011

Ayoub

Semalam tengok tv citer ayoub. Memnag aku tunggu2 citer ni pun sebab minggu ni la last citernyer.. Mula2 dulu aku tengok cite ni macam xbest mana pun, nak plak yang belakon tu Iqram Dinzly pegang watak baik sebaik baik manusia. Naik menyampah pun ade. Iye la, kebanyakan watak iqram kan watak jahat2.

Kalo tengok aku bercerita macam la aku ni peminat setia cite AYOUB. Tapi sebenarnya aku tengok pun time aku tertengok jer.. xde la mengikuti sangat siri ni.. selalu jugak la miss episode..





Sinopsis:

Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.








Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.






Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.





Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.





Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.

Mula2 aku tengok aku xdapat tangkap sangat ape motif citer ni dibuat.. bila dah lama2 baru aku sedar yang citer ni sebenarnya citer yang diadaptasikan daripada kesah Nabi Ayoub. Cuma ia dimodenkan mengikut arus zaman sekarang. namun jalan citernye tetap sama.

Macam tu sinopsisnya yang aku cut n paste.. bukannye nak promote tapi just nak share...

 
Seperti dalam sinopsis kat atas tu, ayoub merupakan seorg yang sangat baik sejak dari kecilnye.. biasa la hero kan.. bila jadi baik ade la org yang dengki.. org yang dengki tu buat macam2 kat dia.. bukan nye org lain, sepupu dia jugak pasal ayoub ni walaupun xsekolah tinggi tapi dia berjaya dalam hidup.. Org yang dengki itu bernama Wan Aidil.. Alamak Aidil.. macam nama anak aku la plak.. Aidil nanti besa jagn jadi cam Aidil yang dalam citer Ayoub ni ye...

 
 
Mengikut citer Ayoub ni Wan Aidil yang jahat tu watak dia macam musang berbulu Ayam. kat depan Ayoub bkan main lagi baiknyer.. tapi kat belakang perangai macam setan.. Boleh dikatakan Objektif dia hidup di muka bumi ni semata2 nak menyusahkan si Ayoub.Xboleh tengok Ayoub senang skit mesti dia sakit ati..Semua benda yang jadi kat Ayoub dia la yang jadi dalangnyer.. so macam2 la dia buat kat Ayoub tapi ayoub tetap redha ngan ketentuan nasibnye..
 
Yang aku terperasan citer ni cam citer nabi Ayoub adalah masa ayoub kena penyakit kulit yang sangat dahsat.. tu sume keje aidil la tu..memang teruk sakit dia. sehinggakan kepala dia tobek2. pastu bini dia pun lari..  Nampak sangat aku ni lembab.. nak abis episod baru nampak jalan citernyer...
 
Bila dah tengok citer ni kan.. dapat disimpulkan Ayoub memang Sebaik2 manusia.. seorg penyabar dan baik budi pekerti ... persoalan dalam kepala otak aku pun timbul., ade ke lagi manusia sebaik ayoub kat muka bumi di zaman sekarang ni..???
 
To be continued......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...