Kalo tengok aku bercerita macam la aku ni peminat setia cite AYOUB. Tapi sebenarnya aku tengok pun time aku tertengok jer.. xde la mengikuti sangat siri ni.. selalu jugak la miss episode..
Sinopsis:
Ayoub dibesarkan oleh ibunya, Banun, lakonan Rosnah Johari dalam keadaan yang sederhana selepas ayahnya, Musen meninggal dunia semasa Banun baru mengandung. Ibu bapa Musen yang berasal daripada keluarga yang berada menyangka Banun berlaku curang dengan Mat Sewel lakonan Razak Ahmad, lalu tidak mengaku Ayoub sebagai cucu mereka.
Ayoub mempunyai seorang kawan karib, Wan Aidil lakonan Fizz Fairuz sejak bangku sekolah. Ibu Wan Aidil, Norma (Norish Karman) sentiasa cemburu terhadap Banun dan tidak membenarkan Wan Aidil rapat dengan Ayoub. Wan Aidil telah berkahwin dengan Sazzy (Watie Elite), seorang gadis bandar yang kaya. Norma berasa bangga dengan kejayaan anaknya namun dia selalu mendesak Wan Aidil supaya lebih berjaya daripada Ayoub.
Ayoub pula memulakan kerjayanya sebagai seorang pengedar beras di kampung. Dia telah mewarisi harta peninggalan datuknya dan dapat mengembangkan perniagaannya. Walaupun keuntungannya kini tinggi, Ayoub menjalani kehidupan secara sederhana mengikut hukum Islam dan sering menolong mereka yang memerlukan.
Ayoub kemudiannya bertemu jodoh dengan Tengku Zarima (Fiza Halim dan dikurniakan empat orang anak. Perniagaan Ayoub semakin maju. Ayoub sering bersedekah kepada penduduk kampung dan menjadi penaja kepada beberapa dana.
Mimpi ngeri Ayoub bermula apabila Wan Aidil semakin tertekan dengan kejayaan Ayoub lalu sanggup melakukan apa sahaja bagi menjatuhkan Ayoub. Kehidupan Wan Aidil tidak semewah dan sebahagia yang diimpikan selepas ditimpa dengan beberapa masalah.
Mula2 aku tengok aku xdapat tangkap sangat ape motif citer ni dibuat.. bila dah lama2 baru aku sedar yang citer ni sebenarnya citer yang diadaptasikan daripada kesah Nabi Ayoub. Cuma ia dimodenkan mengikut arus zaman sekarang. namun jalan citernye tetap sama.
Macam tu sinopsisnya yang aku cut n paste.. bukannye nak promote tapi just nak share...
Seperti dalam sinopsis kat atas tu, ayoub merupakan seorg yang sangat baik sejak dari kecilnye.. biasa la hero kan.. bila jadi baik ade la org yang dengki.. org yang dengki tu buat macam2 kat dia.. bukan nye org lain, sepupu dia jugak pasal ayoub ni walaupun xsekolah tinggi tapi dia berjaya dalam hidup.. Org yang dengki itu bernama Wan Aidil.. Alamak Aidil.. macam nama anak aku la plak.. Aidil nanti besa jagn jadi cam Aidil yang dalam citer Ayoub ni ye...
Mengikut citer Ayoub ni Wan Aidil yang jahat tu watak dia macam musang berbulu Ayam. kat depan Ayoub bkan main lagi baiknyer.. tapi kat belakang perangai macam setan.. Boleh dikatakan Objektif dia hidup di muka bumi ni semata2 nak menyusahkan si Ayoub.Xboleh tengok Ayoub senang skit mesti dia sakit ati..Semua benda yang jadi kat Ayoub dia la yang jadi dalangnyer.. so macam2 la dia buat kat Ayoub tapi ayoub tetap redha ngan ketentuan nasibnye..
Yang aku terperasan citer ni cam citer nabi Ayoub adalah masa ayoub kena penyakit kulit yang sangat dahsat.. tu sume keje aidil la tu..memang teruk sakit dia. sehinggakan kepala dia tobek2. pastu bini dia pun lari.. Nampak sangat aku ni lembab.. nak abis episod baru nampak jalan citernyer...
Bila dah tengok citer ni kan.. dapat disimpulkan Ayoub memang Sebaik2 manusia.. seorg penyabar dan baik budi pekerti ... persoalan dalam kepala otak aku pun timbul., ade ke lagi manusia sebaik ayoub kat muka bumi di zaman sekarang ni..???
To be continued......
banyak lagi org baik mcm tu...cumanyer kita jer yang tak jumpa...
ReplyDeleteiyer ker.. kalo aku kat tempat ayoub tu aku surrender.. memang aku xsetabah dia.. pasal tu aku pikir org lain pun mcm aku.. tapi brtul gak ckp ko, org kalo yang baik.. kalo buat baik.. xkan dia nak bercerita kat org kan.. agaknya pasal tu aku xjumpa kot...
ReplyDelete