Thursday, April 7, 2011

Pukul Cikgu

KANGAR: Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Jaafar Hassan, di sini, bertindak kurang ajar apabila menumbuk muka seorang guru perempuan sehingga mangsa patah hidung, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, guru berkenaan dipercayai baru saja selesai mengajar subjek Sejarah sebelum keluar menuju ke bilik guru.
Difahamkan, suspek berang selepas guru terbabit Mariati Mat Ail, 37, ingin membawanya ke bilik guru disiplin selepas suspek didapati bergaduh di koridor sekolah itu.
Jurucakap Jabatan Pelajaran Negeri Perlis (JPNPs) berkata, mangsa terserempak dengan satu pergaduhan di mana suspek sedang membelasah seorang pelajar tingkatan satu di kaki lima sekolah itu sebelum cuba menyuraikannya.
“Mangsa menarik suspek yang pernah dibuang sekolah untuk dibawa ke bilik guru disiplin kerana membelasah pelajar berkenaan.

Apa la nak jadi dengan budak zaman sekarang.. terlalu ganas.. terlalu liar... takut betul aku tengok generasi sekarang ni.. bleh plak pukul2 cikgu...

kalo zaman aku dulu.. nak pandang muka cikgu pun takut.. mana tak nye.. cikgu aku misai dia lebat.. garang dia jangan cakap la.. pastu duk satu kampung plak ngan aku.. kalo aku buat silap mesti dia cite kat mak aku.. walau pun silap tu silap yang biasa bagi budak2 sekolah..

Dulu aku bengap la jugak.. cikgu tu suruk aku buat garisan dekat sebelah kiri setiap kali nak mula tulis dalam buku latihan.. tapi ntah kenapa aku xmakan dia ajar asyik buat garisan sebelah kanan.. apalagi jadi bahan la kau kalo cikgu tu terserempak nagn mak aku.. tu yang jadi takut sangat nak buat silap...

Agak nye macam mana perangai anak aku nanti.. kita sebagai ibu bapa kena didik anak secukupnya.. memang cabaran nak mendidik anak sanagt hebat dengan kecanggihan teknologi yang ade ramai yang salah guna.. nanti kalo kurung je anak dalam rumah kesian plak jadi kera sumbang nanti.. kalo dilepaskan nanti takut terover sosial palk.. tu yang takut..

Apa yang penting sekarang ibu bapa kena main peranan yang besar dalam mendidik anak2.. kena selalu pantau.. kena jadi rakan diorang supaya diorang xcari rakan yang salah.. spend masa jugak penting.. baru kita tau apa aktiviti anak kita...

To be continued....








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...